mohon klik dengan kaki dengan penuh kasihsayang.

Wednesday, 16 January 2013

peminat vs penyokong.


Yang mana satu peminat dan yang mana satu penyokong?

 

Jenis dulu dan sekarang tak pandai main bola tapi ada hati buat buat minat EPL. Liga Malaysia tak layan. Ini jenis eksyen sikit, nak bagi nampak world sikit. Sedang kan satu dunia tahu dia tak pandai cakap England.

 

Jenis dulu dan sekarang tak pandai main bola tapi minat Liga Malaysia pasal negeri nya masuk final. Dulu stadium bola pun  dia tak tahu kat mana. Kalau dia masuk stadium pun time nak sambut menteri.

 

Jenis dulu dan sekarang pandai main bola, tapi tak suka liga Malaysia. EPL juga dia layan. Katanya nak jadi  macam  Robin Van Persie  tapi  time dia training malas nak mampus.  Kadang kala nak ikat tali kasut pun dia boleh malas.

 

Jenis dulu dan sekarang  pandai main bola tapi tak suka EPL. Katanya busuk busuk ketiak mereka pun,ketiak orang Malaysia kita jugak. Dia kata Liga Malaysia semangat dia lain sikit. Ada sikit rasa bangga boleh simpan sebulan dua.

 

Jenis dulu dan sekarang tak pandai main bola tapi sekarang pun  tak suka tengok bola ni, aku syak dulu masa kecik kecik, time lalu belakang pintu gol mungkin  terkena bola kat dahi terus koma dua tiga hari. Fobia katanya.

 

Jenis dulu dan sekarang pandai main bola tapi tak suka tengok bola ni aku syak esok dia  sudah nak mati.

 

 

Awak jenis mana?

 

P/S..siapa pernah wakil sekolah kira level pandai main bola. Itu saja nak bagi tahu.

Tuesday, 1 January 2013

kerusi sekolah

Ada satu ketika itu, time darjah satu. Kelas apa aku tak ingat, tahun apa pun aku tak ingat.

Yang aku ingat, punggung aku tersepit di celah kerusi.

 Apa celaka kerusi macam ni kerajaan simpan lagi. Kau pernah ?

Monday, 24 December 2012

rebat dua ratus ringgit

REMBAT rebat dua ratus ringgit.

Semua rakyat Malaysia tahu, semua belia Malaysia tahu. Malah orang kampung yang tak pakai handphone pun tahu. Orang Anwar pun tahu, Orang Haji Hadi pun tahu, apatah lagi orang Najib. Erti kata semua orang tahu tahun depan iaitu tahun 2013, kerajaan Najib akan beri subsidi atau rebat sebanyak dua ratus ringgit. Dua ratus ringgit. Ingat dua ratus ringit.

Dengan nama yang agak nampak korporat, kerajaan Najib namakan rebat ini dengan nama Pakej Komunikasi Belia. Pakej ini di bawah jajahan SKMM.

Siapa yang layak dan bagaimana nak memohonnya? Mesti ramai hendak menanya bukan?

Ok.

Konsep yang diamalkan oleh kerajaan Najib ialah siapa cepat dia dapat. Hanya 1.5 juta belia saja yang boleh dapat rebat dua ratus ringgit itu.

Ada soalan masuk. Cepat betul responnya untuk menanya soalan.

" Saya ni kira belia jugak ke?

Lagi satu soalan masuk.

" Belia tu menatang apa, macam biawak ke"?


macam ni..

Yang layak ialah belia yang sudah 21 tahun hidupnya hingga 30 tahun hidupnya. Yang terlebih sipi jangan memohon. Kerajaan Najib agak berkira kira bab ni.

Gaji mesti bawah tangga tiga ribu ringgit, seringgit pun tak boleh lebih. Gaji ini dia kira kasar kasar saja. Belum tolak KWSP, SOCSO , duit bayar rumah dan lain lain lagi. Tolak rasuah kena saman pun belum kira lagi.


Jadi, siapa yang tak layak, sila maki kerajaan Najib. Yang layak mohon bertenang dua minit dulu sambil angkat tangan doa apa yang patut.

Bila boleh memohon ni....

Tepat 12.01 minit 1 haribulan Januari 2013. Time orang tak serupa orang tengah bersorak di ambang tahun baru tak kira di I City atau di KLCC. Time tu boleh lah berkira kira pasang angan nak pakai smartphone bersaiz besar tangan tangan.

Buka laptop dan klik lawan sesawang SKMM yang sebelum ini nampak lebih banyak sawang dari banyak orang.

klik sini

www.skmm.gov.my/pakejbeliaxxx

Jangan lupa print keluar form itu dan besok pagi boleh pergi ke mana mana agen yang berdaftar untuk proses pembelian smartphone yang canggih dan yang tak canggih.
Ok..bawa juga salinan kad pengenalan atau dalam bahasa malas kita, IC. Tak lupa salinan slip gaji terkini atau salinan kad pelajar ( budak u cakap kad matrik) bagi yang rasa diri nya masih belajar.


Senang bukan.

Harus di ingat, setiap pembelian smartphone mesti berserta pakej suara, sms dan data internet.

Dan penjara 3 tahun menanti anda di pintu penjara  jika didapati mengelat.


** siapa tak tahu mengelat, pergi masuk universiti.




 











Sunday, 23 December 2012

MAMA LIA

aku buka channel 550 kasi anak aku tengok. Biar jadi orang sikit bila besar nanti.

Lalu anak aku tanya.

" mamalia itu apa"

dengan malas aku jawab

' mamalia itu mama kepada lia"

Wednesday, 19 December 2012

SRP 1990

"Dulu masa abah tak ada PMR, cuma ada SRP". kata aku pada anak aku.

"Apa itu SRP , abah". tanya anak aku macam semua benda dia nak tahu.

"SRP tu, serang rumah pengetua. opss bukan, bukan. Sijil Rendah Pelajaran". balas aku cepat cepat.
...
" abah dapat berapa A" anak aku tanya lagi. Dia punya tanya macam nak ambil staff kerja kat Bank Negara.

" 10 A"  tanpa malu aku bersuara sambil telan biji epal.

" Power betul abah" pujian anak aku sambil tepuk tangan.

" Errrrr...bukan 10 A, cuma 10 Agregat" jawab aku ada sikit serba salah.

"Cis, macam tu tak power lah abah" kutuk anak aku

Sunday, 2 December 2012

Malaysia thailand. Siapa power?




Changsuk. Nama binatang paling kebal, paling besar dan paling gagah. Sesuai untuk pasukan yang digeruni di rantau sini, Thailand atau Siam .

Pernah juara 3 kali dan pernah juga gagal masuk semi final seperti tahun 2010. Malaysia catat keputusan seri kosong kosong dengan Thailand di Indonesia dua tahun lepas. Itu dulu.

Kali ini mereka datang dengan adanya Teerasil Dangda. Seorang yang pandai control bola dan finishing sangat baik . Pernah main dengan Manchester City  dan sebuah kelab di Turki sana. Apa yang rajagobal kena buat ialah letak seorang defender tengah dan seorang defensive midfielder untuk menghalangnya memegang bola.

Jika Teerasil  tidak perform , mereka masih ada Jakkraphan Pornsai dan Kirati Keawsombat. walaupun Jakkraphan  Pornsai ada sikit pornnya, namun aksinya tidak goyang lutut dan kirati keawsombat pun sudah sumbat gol time lawan vietnam.

Di tengah mereka ada Datsakom Thonglao. Seorang kaki kontrol dan kaki plan . nama nya ada sikit telekomunikasi, namun dia boleh kasi shafik dan syakir pening kepala lutut dan kepala otak.

Ok.....defender Thailand paling power. Dipanglimakan oleh Panupong Wongsa yang paling sasa dan ada sikit angsanya bila mengejar bola. Aku mohon Safee Sali tak ada pengalaman di sondol angsa time kecil kecil dulu.

Thailand juga ada Anucha Kitpongsri, pemain defender yang ligat, pantas dan lebih kilometer lajunya. Ada sikit persamaan dengan mahali walaupun mahali tiada gelaran tan sri.

Mereka juga ada Theerathon  Bunmathan yang powernya gaya marathon nya tiada istilah letih, lelah dan lenguh.

Thailand juga akan menurunkan keeper yang sudah kahwin iaitu Kawin Thamamasatchanan. Jaci dia banyak pengalaman tangkap bola ni.

Sekian .
Like ·  · Promote · A few seconds ago near Shah Alam ·