
Aku duduk membatu di bangku di hadapan kaunter no 8. Tertera tulisan besar di cermin kaunter itu, tiket habis. Aku tidak tahu nak buat apa apa lagi, hanya mampu melihat orang ramai lalu lalang di depan aku, tengah sibuk mencari bas masing masing agaknya, tak pun sibuk mencari tiket tiket yang tengah berulat.
Buntu fikiran aku . Setengah jam tadi aku sangat hepi. Tiket Bas Najib Express sudah aku simpan kemas kemas dalam dompet bersama bersama beberapa keping duit berwarna merah dan biru. Aku banyak kali sudah terbayang pintu pagar rumah di kampong. Pintu yang sudah senget sebelah kiri dan karat warnanya. Sudah terbayang betapa seronoknya aku duduk dalam Bas Najib Express sambil sembang dengan awek sebelah. Macam macam aku plan nak tanya awek sebelah. Mungkin aku bercadang tidak mahu tidur malam ini sebagai menghormati malam raya.
Ahhhhh……apa sudah jadi sekarang. Kalau aku tahu, aku akan tahan sakit perut ni. Kalau aku tahu, aku tak akan masuk ke dalam toilet Hentian Puduraya ini.
Aku mula ingat kembali kejadian tadi, penuh dengan kekesalan.
Setengah jam tadi, selepas aku buka puasa di sebuah gerai di hentian itu, aku tiba tiba sakit perut.
Aku hanya order sepinggan mee goreng dan segelas air suam. Tiada kuih muih , udang galah atau kambing golek buat penambah sedap. Bagi aku, menu ini sudah cukup untuk mengisi perut yang kosong ini.Tapi mengapa tiba tiba perut aku sakit, mungkin mee goreng semalam tak habis jual. Mungkin aku tak baca bismillah sewaktu nak makan. Mak aku kata, kalau tak baca bismillah, setan boleh tumpang sekali.BIla waktu azan, setan lari masuk toilet, biasanya setan tak basuh tangan bila keluar dari toilet dan terus makan sepinggan dengan aku. Cis, tak boleh pakai teori ini, mana ada setan bulan ramadhan ni.
Aku terus lari masuk toilet, nasib baik ada satu kosong lagi di hujung sekali. Tanpa peduli jiran sebelah yang tengah mengeran , aku terus buka seluar dan sangkut di pintu tandas. Bag plastic cap kamdar aku pegang kemas di tangan. Sayang sungguh aku kat bag plastic itu. Dalam beg itu terdapat sehelai kain batik buat raya untuk emak aku. Tiap tiap tahun aku beli sehelai kain batik dan sehelai kain pelekat untuk ibubapa aku. Untuk tahun ini aku hanya beli kain batik saja kerana tahun lepas aku sudah terlebih beli kain pelikat untuk bapa aku. Soalan keadilan aku titik berat dalam bab ini.
“ Ahhhhhh……………..lega sekali” kata aku sambil senyum kat dinding toilet. Kira senyuman paling manis aku lemparkan pada dinding pada malam itu.
Kemudian aku terbau sesuatu. Bau kari basi. Terasa bau kari basi menusuk hidung aku. Teringat pulak kesedapan kari kepala ikan yang jiran sebelah bagi semalam. Tahap kesedapan kari kepala ikan jiran aku ni boleh sampai level 8 , level yang boleh pukul habis kedai kedai mamak made in India.
Tiba tiba…
“weiiiiii……………” jerit aku tanda panik seluruh badan.
“Bagi balik seluar jeans aku….weii….seluar aku” sudah serupa nak beranak aku ketika itu.
Jin mana entah tiba tiba menyamun seluar aku yang aku sidai kat pintu toilet tadi. Kalau nak buat seluar raya pun, pergi la samun kat reject shop saja, pelbagai pilihan ada di sana.
Kacau jiwa betul macam ni.
Apa yang boleh aku buat, dengan aksi separuh bogel, tak terdaya aku nak mengejarnya. Gila apa nak kejar jin itu dengan keadaan yang seksi ni. Nanti orang kata aku gila pulak. Nasib tak baik boleh masuk berita muka depan Harian Metro.
Mana orang kampung aku nak letak muka mereka. Bayangkan muka muka awek bila tengok aku demikian rupa. Sila bayangkan.
Tapi aku tak cepat panik. Aku tarik nafas panjang panjang sambil berdoa agar mentol timbul di kepala.
Hah…nasib baik, muka aku kembali jadi muka orang. Aku buka plastik cap Kamdar, lalu sarung di kaki sampai ke pinggang. Nasib baik aurat dapat di jaga dengan sempurna. Lega bukan main aku ketika itu. Aku melangkah keluar dari tempat puaka yang macam neraka cepat cepat . Kelihatan senyuman sinis di kiri kanan ketika aku melangkah pergi.
“ pondan mana pulak malam raya ni” antara suara suara yang sempat masuk dalam lubang telinga aku.
Pweetttt……
Aku terus laju laju menuju ke hujung bangku sana. Perasaan malu aku masuk dalam bag plastik tadi rapat rapat. Suasana di Hentian Puduraya sudah tak semeriah tadi. Yang tadi sibuk baca surat khabar, terus lipat surat khabarnya. Yang tadi sibuk berebut duduk,kini sibuk pulak nak bangun berdiri terlompat lompat. Yang tadi sibuk bersembang, terus terdiam tak kata apa apa. Punya la terkejut penghuni penghuni Hentian Puduraya melihat aku berkain batik. Malah kucing terbiar yang tengah sedap makan tulang terus pengsan terlekat tulang. Bayang kan lah kucing pun boleh terkejut tengok aku.
Ahhhhhhhh.
“Perkara sudah terjadi, apa nak dikesali lagi. Aku mesti cari jalan untuk balik kampung, mesti “ kata kata semangat aku sambil tangan kanan tengah memperbetulkan kain batik tadi. Takut terlondeh tiba tiba, boleh terkejut berjuntai juntai.
Tapi bagaimana aku nak balik, segala wang, tiket dan kad pengenalan dalam dompet sudah di kebas oleh jin itu. Menyesal betul tak sumbat duit tadi dalam stoking di kaki. Kalau tidak, boleh aku beli tiket bas baru atau sewa teksi balik ke kampung.
Lama juga aku berfikir, orang ramai semakin kurang kerana masing masing sudah berada dalam bas menuju ke destinasi masing masing. Ada naik ke JB, ada naik ke Ipoh dan ada yang naik heran.
Bermentol mentol juga aku cari idea, tapi semua idea boleh sumbat dalam tong sampah. Fikiran semakin buntu berbatu batu.
Malam hari semakin larut.Aku semakin putus harapan, hati sudah kurang semangat.
Mata pulak semakin kecil. Pandangan aku tiba tiba kelam. Gelap gelita.
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Berdebommmmmm…..
Di ikuti suara driver bas…
“Babi betul………”
“ apa hal tu” sound penumpang dari belakang.
“Bas terlanggar babi…gila babi betul natang ni” marah driver bas kuat kuat.
Aku yang tadi tertidur terus terjaga. Tercengang cengang kemudian tanpa buang masa aku terus tersengih. Terus aku raba punggung cari dompet. Alhamdulillah, selamat.
“ mimpi rupanya” kata aku sambil tadah kedua dua tangan tanpa bersyukur.
Aku lihat orang sebelah aku tengah pening pening lalat. Seorang bangsa Sikh lanjut usia tengah terkapai kapai mencari serban besarnya. Jatuh entah pergi mana akibat driver bas brek mengejut.
Oleh kerana babi pun sudah mati, driver ambil keputusan pandu bas menuju ke Alor Setar tanpa rasa bersalah. Berbatang batang juga rokoknya habis di hisap untuk melupakan kejadian membunuh tanpa niat tadi.
Bas Najib Express semakin ke destinasi. Meredah malam tanpa segan silu. Semua penumpang ambil tempat masing masing, ada yang tidur sikit sikit dan ada yang tidur banyak banyak. Meleleh air liur basi sampai ke kaki pun ada.
Aku terus ambil keputusan untuk berjaga sampai pagi. Takut kalau ber mimpi ngeri kali kedua . Buat nya aku bermimpi sambut raya deepavali pulak tak kan naya.
Aku terus pandang tepi sebelah kanan, sebelah cermin tingkap bas. Bunyi dengusan orang sebelah tidur sama naik dengan bunyi deruan enjin Bas Najib Express.
Lagi satu jam aku nak sampai ke kampung, aku mula terbayang kemeriahan raya di kampung. Aku mula menyanyi lagu sudirman. Bersemangat aku nak pergi sembahyang raya tahun ini. Niat aku nak bayar zakat fitrah kat masjid membuak buak. Mesti pak iman kagum dengan aku time aku nak bayar zakat fitrah nanti.
Bersambung lepas raya.
No comments:
Post a Comment