mohon klik dengan kaki dengan penuh kasihsayang.

Sunday, 12 August 2012

cerita olimpik


Husin Boi, bukan calang calang kaki. Kaki lari, kaki pecut dan kaki olimpik. Sejak kecik, Husin Boi suka berlari, nak ke bilik air berlari, nak ke bilik tidur pun berlari malah nak ke bilik makan berlari juga. Pendek cerita Husin boi lebih banyak berlari dari berjalan dalam hidupnya.

Zaman tadikanya, dia sudah pandai tunjuk bakat olimpiknya. Pagi pagi emaknya hantar ke tadika naik basikal. Jaraknya rumah dengan tadika boleh tahan jauhnya kira kira  empat kali pusingan stadium. Sebaik sahaja emaknya hantar ke tadika, terus emaknya balik ke rumah, sikit pun emak tak pandang lambaian gossip yang akan diketengahkan tajuk baru pada setiap pagi. Tapi alangkah terkejut emaknya bila melihat Husin Boi tengah selesa makan nasik sambil tengok cerita Gaban tengah lawan lari dengan Utraman. Begitu lah setiap pagi rutin Emak Husin Boi, buka pintu rumah, terkejut dan pulas telinga Husin Bin Boi. Punya la power larian Husin Boi lari balik rumah, lebih laju daripada kayuhan basikal emaknya.



Zaman sekolah menengah pulak, dalam sehari, dua kali Husin Boi lari mengeliling sekolah menengahnya. Pertama time subjek bahasa melayu dan yang kedua time bahasa Englishnya. Letih juga cikgu Aidil Zakuan hendak mengejarnya. Kadang kala cikgu Besar dan tukang kebun pun turut serta juga sukan olimpik ini. Macam biasa  biasa , tiada kejutan langsung, Husin Boi pasti menang emas, pingat perak kadang kala di menangi oleh tukang kebun dan kadang kala dimenangi oleh cikgu Aidil Zakuan. Oleh kerana bakat olimpiknya, cikgu sukan telah menganugerahkannya ketua rumah sukan sekolahnya tiga tahun berturut turut. Bangga tak terkira Husin Boi ketika itu.



Zaman kerjayanya pulak, Husin Boi sudah berapa kali memecahkan rekod peribadinya. Kali terakhir pada pagi semalam. Bukan setakat pecah rekod peribadinya, malah pasu pasu bunga pun turut pecah sama. Perangai loklaq semakin menjadi jadi. Habis di sepak pasu pasu bunga itu. Oleh kerana  orang melayu tak suka tengok perangainya yang baran tak sudah walaupun bakat olimpik  tengah power , Husin Boi gagal dalam pemilihan skuad Olimpik Malaysia. Tambahan pulak Skuad Olimpik  Malaysia lebih focus dan terlebih harapan pada Lee Chong Win.

Jadi, Husin Boi telah membuat keputusan untuk terima pinangan Jamaica untuk berlari di sana dan dengar khabarnya Husin bin Boi telah menukarkan nama Jamaica pada ic nya.


No comments: