Aku duduk membatu di bangku di hadapan kaunter no 8. Tertera
tulisan besar di cermin kaunter itu,
tiket habis. Aku tidak tahu nak buat apa apa lagi, hanya mampu melihat orang
ramai lalu lalang di depan aku, tengah
sibuk mencari bas masing masing agaknya, tak pun sibuk mencari tiket tiket yang
tengah berulat. Jam di dinding sudah menunjukan lagi seminit pukul 9 malam.
Setengah jam tadi, selepas aku buka puasa di sebuah gerai di
hentian itu, aku tiba tiba sakit perut.
Aku hanya order sepinggan mee goreng dan segelas air suam.
Tiada kuih muih , udang galah atau kambing golek buat penambah sedap. Bagi aku,
menu ini sudah cukup untuk mengisi perut yang kosong ini.Tapi mengapa tiba tiba
perut aku sakit, mungkin mee goreng semalam tak habis jual. Mungkin aku tak baca bismillah sewaktu nak makan. Mak
aku kata, kalau tak baca bismillah, setan boleh tumpang sekali.BIla waktu azan,
setan lari masuk toilet, biasanya setan tak basuh tangan bila keluar dari
toilet dan terus makan sepinggan dengan aku.
Cis, tak boleh pakai teori ini, mana ada setan bulan ramadhan ni.
Aku terus lari masuk toilet, nasib baik ada satu
kosong lagi di hujung sekali. Tanpa peduli jiran sebelah yang tengah
mengeran , aku terus buka seluar dan sangkut di pintu tandas.
“ Ahhhhhh……………..lega sekali”
kata aku sambil senyum kat dinding toilet.
Kemudian aku terbau sesuatu. Bau kari basi. Terasa bau kari
basi menusuk hidung aku. Terbantut untuk
melakukan aktiviti harian iaitu melukis corak.
“Ceh…busuk betul baunya. Mesti jiran sebelah tengah pijit
hidungnya. Tak pun sudah pengsan dua minit tadi” bisik aku slow slow dalam hati.
Tiba tiba….
“Wei……” teriak aku.
Sambung….
No comments:
Post a Comment