mohon klik dengan kaki dengan penuh kasihsayang.

Wednesday, 22 August 2012

ikan

Bila aku balik dari kampung, aku lega ikan ikan aku belum jadi arwah. Kelegaan aku tak berpanjangan, bila aku dapati ikan bandaraya hilang begitu saja, bayang pun tak nampak. Mengikut undang undang tubuh ikan , jika kehilangan atau kematian melebihi 24 jam, baru lah pemiliknya boleh memandu kereta menghala ke kedai jual ikan dan ketam.

Ikan bandaraya ini aku sangat suka kerana ikan ini lah yang menutup kemalasan aku untuk menukar air seminggu sekali. Tapi kadang kala aku tengok ikan bandaraya lebih malas dari aku, banyak merempit dari membuat kerja.

hampir satu jam aku duduk depan akuarium ni, sekejap duduk bersila, sekejap duduk cangkung dan sekejap duduk bersimpul. Ada juga niat nak hulur kepala masuk dalam akuarium, nasib baik tak muat akuarium itu.

Yang seramnya, dari mana datang seekor udang dalam akuarium ni. Siapa berani nak jawab ni.

Siapa berani cakap yang ikan bandaraya aku telah bertukar menjadi seekor udang.

Mungkin kena sumpah atau sudah bosan jadi ikan.

2 comments:

Unknown said...

Perkara macam ni pun berlaku di rumah saya.. Setakat ini dah 3 ekor hilang begitu saja..

Unknown said...

Perkara macam ni pun berlaku dekat saya.. Setakat ini dah 3 ekor hilang begitu saja. Pelik tp benar.