“Hoii mat, mai
sini “ jerit brader senior serupa puaka. Aku baru nak melangkah masuk ke bilik air
untuk gosok gigi terpaksa gostan
kebelakang tanpa pakai
gear undur. “Boleh rosak kotak gear box kalau hari hari gostan macam ni”
bisik hati aku. Kain tuala aku hampir terlondeh tanda turut terkejut
sama. Nasib baik aku sempat pegang tuala tuala itu pantas pantas. Kalau tidak, habis terkejut semut semut di lantai tengok telor fresh aku.
Nama gelaran mat
adalah nama paling femes dalam kitab budak budak hostel satu ketika dulu.Budak
budak junior akan diberi nama mat selepas habisnya minggu ragging.Dalam minggu
orentasi, aku dan budak budak junior lain dbekalkan name tag besar untuk tulis
nama dan di lekat di dada sebelah tepi.Time ni brader brader banyak naik nafsu
bila boleh tengok dekat dekat name tag junior junior perempuan. Bayangkan kan
lah kalau brader brader buat buat rabun dekat.
“ dik, abang ni
rabun dekat, boleh abang tengok dekat dekat, siapa nama”..antara kata kata
nista yang selalu keluar dari mulut mulut brader miang tak sudah.Bulat bulat
mata brader brader ni bila melihat nama nama di dada perempuan.
“Hang pi cari
maggi perisa ayam satu”. Sound brader
senior dari blok sebelah. Aku angguk macam biasa sambil pegang tuala kaler
putih jersi England.Sikit lagi nak nampak telor dua bijik.
Pening jugak nak
cari maggi perisa ayam pagi pagi.Bukan ada seven eleven pun di hostel ni, speed
mart jauh sekali.Aku mula memasang planning. Dengan bantuan setan yang di
rejam, aku berjaya mencuri maggi kawan sedorm, sekampung dan sekelas. Aku mula
melangkah ke bilik basuh, kali ini bukan nak basuh spender brader senior,
tapi nak masak air buat hidangan maggi
kesukaan brader yang aku sayangi.
Sementara tunggu
air masak, aku jenguk bilik sebelah. Terdapat sebuah surau yang full time tempat beribadat dan part
timenya tempat tibai belakang pakai sejadah. Berbirai birai juga kesannya kalau
kena tibai dengan ajk ajk surau . Kadang kala naik seriau juga bila lalu depan
surau tu bila dikenang kenang.
Pukul 6 petang
sudah berkira kira masuk ke dalam surau. Time tu jangan nak berangan nak main
bola di padang, main telor masing masing di atas katil pun tak sempat. Punya
sibuk dengan aktiviti hostel yang di atur oleh brader brader senior yang muka
sangat singa.
Jika lambat
sikit masuk surau, alamat kena jalan itik keliling surau dua tiga round.
Penatnya jalan itik sampai nak bangun untuk berdiri nak sembahyang pun sudah nak
pitam. Gaya nampak pitam tu kadang kala nampak macam nak malam dan juga kadang
kala nampak macam nak hitam.
Bila masuk
surau, ajk ajk surau yang muka nak marah orang suruh kami duduk tahiyat awal
awal awal lagi. Boleh naik kebas sampai ke telinga bila duduk tahiyat awal dari
pukul 6 petang sampai azan di laung kan. Sambil duduk tahiyat awal sambil
berzikir asma ul husna. Pendek kata kalau anak pak iman tengok,terus booking
buat laki.Punya la alim budak budak form 4 ketika itu.
Masa itu juga,
barang siapa tak boleh hafal apa apa zikir, apa apa doa dan apa apa yasin, badan
belah belakang akan jadi korban. Di hayun, di tibai dan di balun beramai ramai
oleh brader brader dahaga kasih sayang dengan sejadah sejarah yang yang di ikat
menjadi ketulan ketulan sebesar penumbuk.
Ahh…tak payah di
kenang, nanti merana badan. Fikiran aku kembali ke tempat asal, bilik basuh di
tepi surau.
Tanpa buang masa
, aku mula menjalankan tugas part time, masak maggi sesedap rasa tekak brader
senior.
Resepi nak buat
maggi untuk hidangan brader puaka bukan
susah sangat.
Taruh air panas
panas, tambah perisa dan tak lupa air liur basi semalam.
Pruitt tuih,
Pruitt tuihhhh……….bunyi dua kali aku
tambah air liur basi dalam bekas maggi.
Ha ha ha…aku
gelak sakan mengalah setan.
Kemudian kacau
cepat cepat supaya aroma kesedapan sebati dengan kuahnya. Baunya naik ke
siling, memenuhi segara sudut bilik basuh itu. Barang siapa masuk ke bilik itu
ketika itu, nescaya teruja hidungnya dapat menghidu bau sedap macam di syurga.
Mesti masing masing merebut hendak merasa kelazatan, kenikmatan dan keenakan
maggi ini.
Niat aku nak
rasa sikit aku simpan tepi tepi. Gila apa nak rasa air liur basi diri sendiri.
Selang seminit,
hidangan maggi siap untuk di hantar ke dorm brader senior. Berdebar debar juga
rasanya, takut hidangan ini tak sesedap sebelum ini. Aku melangkah dengan tertib
sekali masuk ke dorm brader senior.Macam tempat puaka tempat ini aku rasa.
Kelihatan puaka puaka sana sini bersandai di pagi hari cuti ini.
Di sudut kanan
hujung katil dua tingkat, ada seorang junior tengah tekun mengemas kelambu lalu
di gulung rapi rapi. Di sebelah kiri depan mata aku, kelihatan seorang junior
tengah stim mengurut belakang brader senior berseluar GQ. Kelihatan juga dua junior
bermuka ayu tengah sibuk menyapu sampah sarap di lantai .
Sempat juga aku
berdoa pendek buat penguat semangat. Ketika itu aku amal kan ilmu tunduk ke
lantai kerana aku rasa muka lantai lagi bersih dari muka brader senior ini.
“Asalamulaikum….boleh
saya masuk”….bunyi ayat paling sopan dari aku tahun ini.
“Hah…masuk”.Jerkah brader senior sebelah kanan tepi tingkap yang
baru nak sapu kurap di belakang badannya. Berpeta peta Sabah Sarawak juga badannya bila di suluhi lampu kalimatang
jenama Philips.
Aku terus
menapak pergi ke sudut hujung sebelah kanan sana.Betul betul aku berdiri tepi
tingkap yang cerminnya tak pernah ada.
“brader
senior Astronomo Samura Kakashi, ini dia
hidangan maggi yang terlazat sampai boleh
jilat kaki katil sedapnya” ..susun atur kata sopan santun aku slow slow .
Oh ya,
brader Astronomo Samura Kakashi adalah
brader paling brutal lagi ganas dalam sekolah ini. Pernah menang medal kategori
muka macam dinding sekolah satu ketika dulu. Hemsem bukan main brader ni sampai
ramai budak junior perempuan tergedik gedik nak jadi adik angkatnya.
“Mai sini, aku
nak rasa”…sound brader itu.
“Perghhhhhh…sedap
tak terkata…hahaha”…sambung kata berselang seli dengan gelak kuasa kuda belang
berbelang belang.
Sebaik saja
menerima isyarat kakinya suruh balik, aku terus keluar dari dorm puaka itu
cepat cepat.
Sebaik saja
sampai di pintu keluar, sempat juga aku
menoleh ke belakang.
Aku lihat brader
itu berselera sekali menyuap maggi ke dalam mulut dengan penuh kesyukuran dan
keimanan sebagai seorang brader tingkatan lima yang puakanya mengalah raja di
nusantara.
Lagi sekali aku
gelak sakan. Kali ini aku gelak secara bersopan. Aku gelak dalam dalam, jauh
jauh dalam hati. Sampai ke lubang perut sana gemanya aku rasa.
Aku syak brader
itu akan ingat kesedapan maggi itu sampai mati.
Kemudian aku
terus ke bilik air untuk gosok gigi
buang sisa sisa mana yang ada.
.

No comments:
Post a Comment