mohon klik dengan kaki dengan penuh kasihsayang.

Wednesday, 8 August 2012

duit kecik




Suatu petang yang tak petang petang sangat, ada satu customer datang nak buat payment.Sekali tengok gaya macam orang berada. Dua kali tengok macam orang mengada gada. Tiga kali tengok lu orang bayang sendiri gayanya.Izinkan  gua gelak kecil kecil dulu.



" nak bayar payment kad kredit" tegas dan padu suaranya.Bergelombang juga rasanya di telinga aku bila dengar suaranya.

 Belum sempat aku nak buka mulut, dia buka mulut kali kedua. Kali ni lebih besar dan luas mulutnya. Kurang sikit luasnya dari mulut buaya di sungai negeri Sarawak.



" 5400 2400 0900 2020"..bunyi ayat ayat bentuk nombor laju macam peluru

M 16 keluar dari mulutnya



"Amboi bukan main laju mamat ni……….  ingat aku otak Adi Putra kot" kata aku dalam hati. Dalam hati ada perasaan sikit pun tak kagum tengok mamat ni.





"Tolong ulang lagi sekali...kalau otak saya power, saya sudah jadi perdana menteri" kata aku sambil hulur sekeping kertas putih tak putih kepadanya.



Dia terus ambil kertas itu dan tulis apa yang patut . boleh tahan huduhnya tulisannya.Nak kata dua tak dua , tujuh tak tujuh nombornya.



Selepas dapat nombor kad kredit itu, aku tekan keyboard tekun sekali. Habis tekun dari kerani pejabat TEKUN.



" Lima puluh satu ringgit lima puluh sen " sambil senyum kerang aku berkata.



Lalu dia hulur dua keping duit not biru sambil mendada.



"Encik, duit kecil tak ada ke"..tanya aku lembut gemalai berslang key el.



Sambil belek belek dompet, dia berkata

" Ini saja duit yang ada, awak tiada duit kecil ke"

 "Kedai punya la besar, duit kecil pun tak ada" sambung perlinya  dia sambil pandang kiri kanan.



" Duit kecil saya ada" jawab aku sambil membilang berpuluh puluh keping duit satu ringgit.

 " Ini baki duit encik, empat puluh lapan lima puluh sen" aku hulur duit satu ringgit lama berkeping keping.



Serta merta dia lari masuk ke kereta BMW lalu selongkar atas bawah kerusi cari satu ringgit lima puluh sen.






No comments: