Wednesday, 29 August 2012
rubber
Ramli dengan aku bukan apa apa sangat. Cuma kawan sekampung, kawan sekepala dan kawan selutut.
Tiga tahun kami berkongsi kasih, kasih seorang kawan kepada kawan yang lain. Tiga tahun juga kami bermain, bergaduh dan bermain semula. Tiga tahun kami makan nasi , makan maggi mentah mentah tepi jalan dan kadang kala termakan penampar bersama sama. Kami juga pernah berebut rebut makan buah kote mamak bersama sama.
Pada tahun 1990, di kala rakyat Malaysia kehilangan Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman. Aku kehilangan rakan sejati bernama Ramli.
Pertukaran LLN kepada nama baru TNB, menyebabkan ayah Ramli terpaksa berpindah ke Kolompo. Ramli sangat sedih, bukan sedih kerana terpaksa tinggal kan kawan kawan, tetapi teramat sedih kerana terpaksa meninggalkan loghat kedah nya yang pekat melekat.
Cakap Kolumpo bagi Ramli tak cukup rasa, tak sedap dan tak cukup ajinomotonya. Paling tak sedap bila nak marah orang. Tak kasar secukup rasa. Kurang gula dan milonya.
Ramli cuba bayang kan suasana di sekolah baru dan kawan kawan baru yang bergaya urban.Di sekolah baru itu, Ramli ditempatkan di baris belakang sekali di hujung tingkap. Belakangnya ada almari yang kalau tengok sudah macam tak almari. Sebelah tempat duduknya pulak di hiasi seorang pelajar perempuan, bermuka cun dan bertubuh tinggi dan berkulit putih. Sempat juga ramli jeling sekali sekala.
Tiba di sekolah baru, ramli di tempat kan di kelas 4 facebook, kelas paling cerdik di sekolah itu, kelas harapan PIBG sekolah itu. Kelas yang paling senyap bila cikgu sibuk bermesyuarat setiap kali selepas rehat.
Hari pertama Ramli duduk diam diam berisi. Nak cakap Kolumpo tak pandai lagi, nak cakap Loghat kedah jadi malu tak tentu hala pulak. Jadi, ramli banyak angguk dari bercakap.
Hari kedua pulak , ujian bertulis Bahasa Malaysia tiba tiba di adakan. Ramli dah mula kelam kabut. Maki dalam bahasa kedah dah mula bersiaran dalam kepalanya.
Kebetulan, sepatah benda pun Ramli tak bawa. Dalam beg cuma ada sekeping kertas saja..itu pun hajat nak guna untuk tulisan surat pada kawan kampungnya, si Mizi.
Hari ini ramli terpaksa bercakap dengan kawan perempuan di sebelah.
Mula mula minta pensil barang sebatang, kawan perempuan nya tersenyum sambil menghulur pensil sebatang.
Kemudian ramli minta pembaris pulak, nak buat garisan katanya. Kawan perempuan nya tersengih sambil bagi signal boleh ambil. Ramli dah rasa yakin dengan gaya bahasanya, kawan sebelah boleh faham loghatnya.
Lepas habis ujian ini, Ramli pasang niat, niat nak sembang habis habisan dengan kawan perempuan sebelahnya.
Hajat Ramli nak ajak pergi tengok wayang. Dengar cerita ada satu movie sedap tengok tengah tayang kat panggung. Kalau tak salah tajuknya “ I cubit U, U cubit I.
Movie macam ni Ramli rasa sangat sesuai untuk pergi tengok. Tapi Ramli ada sikit masalah, Ramli takut kegelapan.
Di beritakan dalam panggung wayang sangat gelap. Ramli kalau bab bab gelap Ramli boleh naik takut. Tambah tambah lagi kalau dalam panggung wayang itu ada banyak tangga, semakin naik takut lah perasaan Ramli.
Jadi, Ramli cadang nak bawa lampu suruh. Ramli nak suluh atas bawah, takut kalau kalau ada ular melingkar di kakinya.
5 minit kemudian, tiba tiba kelas kucar kacir, kecoh .Jeritan dari baris belakang mengemparkan penghuni kelas tersebut. Cikgu Azman tadi asyik mengelamun terus terlompat atas kerusi. Ketua kelas yang tadi asyik meniru jiran sebelah terus terkejut sampai tertelan buah dadu miliknya.Pendek kata, masing masing sempat buat gaya terkejut dalam kelas 4 facebook tu.
Ramli terkejut dengan respon kawan perempuan disebelahnya. Ramli tak buat apa apa pun. Ramli hanya minta pinjam barang kepunyaan dia saja.
“ ramli nak raba, boleh” sambil menunjuk sekeping getah berbentuk empat segi bersaiz duit 20 sen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment