Aku dulu pemain bola yang handalnya bukan calang calang
kaki. Setakat sepak penalti, aku rembat
pakai tumit belakang kaki saja sambil makan ais krim perisa milo. Kalau aku sepak cucuk, bercucuk cucuk bola
itu pergi. Kadang kadang ke depan, kadang kadang ke belakang dan kadang kadang
masuk gol sendiri. Kalau aku tackle kaki stiker lawan, berkaki kaki naik atas kepala
lawan. Punya power aku ketika itu mengalahkan pemain kebangsaan.
Aku dulu main di posisi
bek. Posisi yang menjahanamkan kaki orang . Kadang kala kaki lembu juga aku
tumpang jahanamkan. Punya lah takut lembu lembu ketika itu bila tengok aku ….
Kalau korang kenal Franz Beckenbaue?...yang berdahi luas dan
berambut lebat tu…kenal kan…hah kalau kenal, sebijik skill dia macam aku, gaya
tendang sebijik, gaya tanduknya sebijik, Cuma dia tak pernah score gol sendiri,
aku pernah , dua tiga bijik juga. Kadang
kala keeper aku lebih seriau tengok aku daripada tengok pemain lawan.Banyak
kali juga keeper team aku tertelan air
liurnya bila melihat aku cuba cuba
pegang bola dalam kotak penalti .
Kehebatan dan
ketinggian skil aku bukan saja dapat di hidu oleh jurulatih sekolah aku, malah belalang yang
leka bermain masak masak bersama aweknya di tepi padang turut menghidu bakat
luar biasa aku. Punya la kuat berbau
bakat aku.
Aku dapat offer untuk
bermain bola untuk sekolah. Punya bangga aku rasa sampai ke johor. Berminggu
minggu aku bersama pemain lain training sepak bola, tendang bola sambil selang seli lari pusing padang lima enam
round. Punya semangat aku berlari, tapi lebih bersemangat bila aku
berjalan.Jadi aku lebih banyak berjalan dari berlari. Cuma time jalan itik saja aku jarang jarang bersemangat waja.
“Messi…messi….mai sini
sat ” nama aku di panggil oleh jurulatih
dalam bahasa kedah. Sengaja aku daftar
nama itu dalam borang pemilihan, senang sikit bila pengulas Espn nak sebut nama
aku besok besok. Senang banyak bila hasbullah Awang nak ingat nama aku banyak
banyak. Senang awek awek cun separuh badan dan cun sepenuh badan memuja muja
nama aku.Segala nampak senang dan lancar setakat itu.
“Hah..ambil jersi hijau
PAS ni”
“Bakat berat telor kau
ni memang mengagumkan” sambung kata
dari jurulatih aku bangga sekali. Aku pulak dua kali bangga .pertama dia kata
telor aku berat, kedua dia kata aku pantas ambil bola.
Aku lihat jersi aku
lain sikit dari kawan kawan seteam.Semua dapat jersi kala merah tembikai siap
ada biji biji hitamnya sekali. Aku punya nombor jersi pun tiada.
Malam itu aku tak dapat
tidur lena.Teruja lain macam.
Besok petang yang terik
panasnya.
Cilakak…..
Maki aku di belakang
pintu gol.
Sudah tiga tahun aku
jadi budak milo.
No comments:
Post a Comment