Sudah tertulis misi 33 gagal. Sudah 4 tahun Selangor tak masuk final dan sudah 7 tahun misi 33 tak menjadi. Yang tinggal cuma team yang memburu misi
hospital nombor 2 dan misi nombor satu. Sudah jelas lagi bersuluh, ATM akan bertemu
Kelantan di final. Final apa, Final Piala Malaysia edisi 89. Sudah 88 kali final Piala Malaysia telah di adakan. Sudah tentu team Selangor paling champion, 47 kali masuk final.
ATM lega sebenarnya bila mengetahui bahawa mereka tidak perlu berdepan dengan team Selangor yang mereka pernah kalah dalam final dahulu kala. Mereka pernah kalah dengan Selangor dua kali. Kali pertama di Padang Kelab Selangor dan kali kedua di Stadium Merdeka. Dali Omar satu nama legenda bagi penyokong penyokong
Kelantan pernah menyarung jersi ATM pada tahun 1966 tetapi gagal membantu ATM mengalahkan Selangor dalam final itu.
Kelantan pula tak lah champion sangat, walaupun pun mereka mempunyai padang yang tertua di Malaysia. Banyak banyak final, hanya empat kali masuk final. Tak power bukan.
Pada tahun 1955, mereka kalah dengan Singapura di bumi Temasik. Manakala tahun 1970 buat pertama kali orang
Kelantan merasai kehangatan , keseronokan dan kehebatan final di Stadium Merdeka. Berbekal pemain tersohor mereka, Dali Omar telah menunjukan kehebatan nya apabila menjaring 21 gol daripada 28 untuk pasukan
Kelantan. Power bukan Dali Omar ketika itu. Namun, mereka balik dengan frust tertonggek sambil menangis di Karak Highway. Mereka kalah tipis di kaki Yeop. Dali Omar ketika itu hampir menangis kerana tersangat kecewa.
Zaman kegelapan
Kelantan bermula bila Dali Omar berhijrah ke Australia dan bermain bola di sana.
Selepas itu, mereka buat keputusan nak berehat seketika. Main bola dah tak bersungguh sungguh. Hanya Hashim Mustapa saja yang nampak sedikit bersungguh sungguh.Yang lain banyak makan budu dari main bola. Jalan pergi stadium pun ada yang tak kenal dah.
Akhir mereka sedar, mereka bangkit kembali .Mereka datang ke Stadium Bukit Jalil memburu tropy Piala Malaysia yang pertama pada tahun 2009. Namun, segala impian, harapan dan kehebatan mereka lebur di kaki pewaris adat perpatih. Kecewa amat ketika itu. Namun mereka juga menjadi power, habis team lain gerun semacam tengok abe abe ini.
Tahun 2010, tahun yang amat bersejarah buat sejarah bolasepak
Kelantan Mereka bergelar champion kali pertama dan kali pertama mereka mencium Piala Malaysia. Piala Malaysia ini yang banyak negeri lain sudah cium kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak. Kesian..amat kesian. (Mohon baca dengan kesian.)
Bab Melaka ni lain kali kita ulas. Masuk final pun tak pernah. Punya la kayu kaki
bangku mereka. Kalau lah Hang tuah masih ada, mesti Hang Tuah merasa malu lalu dia akan pantun,
buah melaka makan sampai kenyang.
main bola tak menang menang.
Jadi
Kelantan sudah setaraf Terengganu, Brunei dan sebuah kelab dari Selangor. Masa itu masing masing sibuk berbicara tentang bola. Siang bola dan malam pun sembang bola. Siang malam pakai jersi merah.
Kini,
Kelantan masuk final lagi. Kali ini di Stadium Shah Alam. Maka bermula lah sembang
sembang bab bola dari Gua musang sampai ke Kota Bahru, dari Jeli sampai Pasir Puteh
Ketika ini, segala nya bola. makan bola, tidur bola, minum pun bola.
Dan aku harap Kelantan boleh join Pahang, Johor dan perlis dalam champion dua kali dalam Piala Malaysia.
Akhir kata.
Tak sabar menanti pertembungan Ghaddar dan Marlon memburu gol. Setakat ini hanya Abdul Ghani Minhat yang paling power, score 4 gol dalam satu game final Piala Malaysia.