mohon klik dengan kaki dengan penuh kasihsayang.

Monday, 24 December 2012

rebat dua ratus ringgit

REMBAT rebat dua ratus ringgit.

Semua rakyat Malaysia tahu, semua belia Malaysia tahu. Malah orang kampung yang tak pakai handphone pun tahu. Orang Anwar pun tahu, Orang Haji Hadi pun tahu, apatah lagi orang Najib. Erti kata semua orang tahu tahun depan iaitu tahun 2013, kerajaan Najib akan beri subsidi atau rebat sebanyak dua ratus ringgit. Dua ratus ringgit. Ingat dua ratus ringit.

Dengan nama yang agak nampak korporat, kerajaan Najib namakan rebat ini dengan nama Pakej Komunikasi Belia. Pakej ini di bawah jajahan SKMM.

Siapa yang layak dan bagaimana nak memohonnya? Mesti ramai hendak menanya bukan?

Ok.

Konsep yang diamalkan oleh kerajaan Najib ialah siapa cepat dia dapat. Hanya 1.5 juta belia saja yang boleh dapat rebat dua ratus ringgit itu.

Ada soalan masuk. Cepat betul responnya untuk menanya soalan.

" Saya ni kira belia jugak ke?

Lagi satu soalan masuk.

" Belia tu menatang apa, macam biawak ke"?


macam ni..

Yang layak ialah belia yang sudah 21 tahun hidupnya hingga 30 tahun hidupnya. Yang terlebih sipi jangan memohon. Kerajaan Najib agak berkira kira bab ni.

Gaji mesti bawah tangga tiga ribu ringgit, seringgit pun tak boleh lebih. Gaji ini dia kira kasar kasar saja. Belum tolak KWSP, SOCSO , duit bayar rumah dan lain lain lagi. Tolak rasuah kena saman pun belum kira lagi.


Jadi, siapa yang tak layak, sila maki kerajaan Najib. Yang layak mohon bertenang dua minit dulu sambil angkat tangan doa apa yang patut.

Bila boleh memohon ni....

Tepat 12.01 minit 1 haribulan Januari 2013. Time orang tak serupa orang tengah bersorak di ambang tahun baru tak kira di I City atau di KLCC. Time tu boleh lah berkira kira pasang angan nak pakai smartphone bersaiz besar tangan tangan.

Buka laptop dan klik lawan sesawang SKMM yang sebelum ini nampak lebih banyak sawang dari banyak orang.

klik sini

www.skmm.gov.my/pakejbeliaxxx

Jangan lupa print keluar form itu dan besok pagi boleh pergi ke mana mana agen yang berdaftar untuk proses pembelian smartphone yang canggih dan yang tak canggih.
Ok..bawa juga salinan kad pengenalan atau dalam bahasa malas kita, IC. Tak lupa salinan slip gaji terkini atau salinan kad pelajar ( budak u cakap kad matrik) bagi yang rasa diri nya masih belajar.


Senang bukan.

Harus di ingat, setiap pembelian smartphone mesti berserta pakej suara, sms dan data internet.

Dan penjara 3 tahun menanti anda di pintu penjara  jika didapati mengelat.


** siapa tak tahu mengelat, pergi masuk universiti.




 











Sunday, 23 December 2012

MAMA LIA

aku buka channel 550 kasi anak aku tengok. Biar jadi orang sikit bila besar nanti.

Lalu anak aku tanya.

" mamalia itu apa"

dengan malas aku jawab

' mamalia itu mama kepada lia"

Wednesday, 19 December 2012

SRP 1990

"Dulu masa abah tak ada PMR, cuma ada SRP". kata aku pada anak aku.

"Apa itu SRP , abah". tanya anak aku macam semua benda dia nak tahu.

"SRP tu, serang rumah pengetua. opss bukan, bukan. Sijil Rendah Pelajaran". balas aku cepat cepat.
...
" abah dapat berapa A" anak aku tanya lagi. Dia punya tanya macam nak ambil staff kerja kat Bank Negara.

" 10 A"  tanpa malu aku bersuara sambil telan biji epal.

" Power betul abah" pujian anak aku sambil tepuk tangan.

" Errrrr...bukan 10 A, cuma 10 Agregat" jawab aku ada sikit serba salah.

"Cis, macam tu tak power lah abah" kutuk anak aku

Sunday, 2 December 2012

Malaysia thailand. Siapa power?




Changsuk. Nama binatang paling kebal, paling besar dan paling gagah. Sesuai untuk pasukan yang digeruni di rantau sini, Thailand atau Siam .

Pernah juara 3 kali dan pernah juga gagal masuk semi final seperti tahun 2010. Malaysia catat keputusan seri kosong kosong dengan Thailand di Indonesia dua tahun lepas. Itu dulu.

Kali ini mereka datang dengan adanya Teerasil Dangda. Seorang yang pandai control bola dan finishing sangat baik . Pernah main dengan Manchester City  dan sebuah kelab di Turki sana. Apa yang rajagobal kena buat ialah letak seorang defender tengah dan seorang defensive midfielder untuk menghalangnya memegang bola.

Jika Teerasil  tidak perform , mereka masih ada Jakkraphan Pornsai dan Kirati Keawsombat. walaupun Jakkraphan  Pornsai ada sikit pornnya, namun aksinya tidak goyang lutut dan kirati keawsombat pun sudah sumbat gol time lawan vietnam.

Di tengah mereka ada Datsakom Thonglao. Seorang kaki kontrol dan kaki plan . nama nya ada sikit telekomunikasi, namun dia boleh kasi shafik dan syakir pening kepala lutut dan kepala otak.

Ok.....defender Thailand paling power. Dipanglimakan oleh Panupong Wongsa yang paling sasa dan ada sikit angsanya bila mengejar bola. Aku mohon Safee Sali tak ada pengalaman di sondol angsa time kecil kecil dulu.

Thailand juga ada Anucha Kitpongsri, pemain defender yang ligat, pantas dan lebih kilometer lajunya. Ada sikit persamaan dengan mahali walaupun mahali tiada gelaran tan sri.

Mereka juga ada Theerathon  Bunmathan yang powernya gaya marathon nya tiada istilah letih, lelah dan lenguh.

Thailand juga akan menurunkan keeper yang sudah kahwin iaitu Kawin Thamamasatchanan. Jaci dia banyak pengalaman tangkap bola ni.

Sekian .
Like ·  · Promote · A few seconds ago near Shah Alam · 

Wednesday, 7 November 2012

Roller coaster

Ada satu ketika itu, aku pernah rasa macam nak mati. Time itu entah setan mana pandai menghasut aku untuk naik roller coaster kat Tokyo Disneyland. Dia punya roller coaster bukan macam kat sunway boleh main gelak gelak.

Dia punya naik dalam gelap macam mata tertutup kain. Naik turun naik turun aku rasa jiwa aku. Seriau habis sampai naik hantu gayanya. Masing masing terpekik terlolong dalam keadaa
n gelap gelita . Kalau tidak boleh lah tengok masing masing bermuka jelita macam hantu malam.

Aku macam biasa, nampak steady. Nak kata apa, mati pun mati lah. Menyesal pun ada, sesal pun ada. Jiwa tak tak tahu pergi mana. Dia punya takut sudah sampai level akhir.

Dan akhirnya sampai ke destinasi. Aku terus nampak jiwa lega aku kembali tiba tiba.

Sebelum aku bergerak keluar, sempat aku tegur satu mat jepun.

" nampak pucat muka" kata aku dalam bahasa jepun.

" u tak takut ke" balas mat jepun itu.

" I sudah biasa, kat malaysia I selalu turun naik Gunung Jerai pakai kabel pencawang TNB" jawab aku steady lain macam.

Tuesday, 16 October 2012

ciko


Ada satu story lama yang aku nak kongsi bersama. Sebuah story ada sikit rasa kelakar.

Nak  jadi cerita, aku ada bela sekor kucing comel. Dia punya comel kalau kucing betina lain tengok terus pregnant 3 bulan. Punya la comel kucing aku itu ketika itu.

Ada satu hari tu,  kucing aku ada problem sikit. Kadang kala problem dia aku boleh  settle dan kadang kala problem dia aku tak boleh nak handle. Problem yang kucing aku hadapi ini bukan terlekat tulang ikan ke apa atau  terlanjur dengan betina lain. bukan.

Problemnya  ialah gigi taring patah dan kemudian longgar pulak. Aku try juga nak cabut gigi kucing aku tu, tapi aku tak berani. Ada juga niat di hati nak suruh kucing aku tu cabut gigi nya sendiri, tapi aku takut dia naik stim seriau.

Lalu aku bawa dia pergi klinik haiwan. Sampai saja ke kaunter klinik itu, aku disapa oleh seorang misi comel. Sambil senyum misi itu tanya aku apa problem. Aku jawab kucing aku nak cabut gigi.

Lalu misi itu ambil satu borang sambil angguk.

" Nama " tanya misi.

Tanpa rasa prajudis dan buruk sangka aku terus jawab senafas sambil aku  urut dagu kucing slow slow.

" Ciko"

Lalu aku tengok misi itu tersenyum dan ada sikit sikit tanda nak gelak. Tapi dia sempat contol.

' bin apa"

Terus aku naik labah labah gelabah tiba tiba. Tersembul rasa malu di muka dan kelihatan bulu hidung aku juga ada sikit malu time itu.

"eeerrrrr, saya ingat  kena bagi nama kucing" cepat cepat aku cover.

" ohhh..sorry, saya ingat itu nama glamour awak" kata misi itu sambil ambil no ic aku.

Monday, 15 October 2012

sebuah skrip yang belum siap.



Salam...dah dapat hadiah besar untuk hari kawen aku.

Belum, besok aku cari.

Ok..kau bila nak kawen..

Aku ?  awak jangan kisah kan aku, aku sudah ada bidadari tunggu dalam syurga.

ohh, ye ke,, boleh ke awak masuk syurga.


boleh kot, pasal aku undi Pas.

 hmmm..aku pun nak undi Pas jugak lah. Kena pacak bendera atas bumbung  rumah ke?

Tak perlu,

Kerajaan bagi duit, ambil
Kerajaan bagi subsidi, sedut
Kerajaan bagi susu, sapu
Kerajaan bagi gula,sebat

Bila kerajan suruh undi, pangkah bulan dan bintang.


hidup Pas


Tak cukup, takbir sekali.



















Saturday, 13 October 2012

Powernya Kelantan



Sudah tertulis misi 33 gagal.  Sudah 4 tahun Selangor tak masuk final dan sudah 7 tahun misi 33 tak menjadi.  Yang tinggal cuma team yang memburu misi hospital nombor 2 dan misi nombor satu. Sudah jelas lagi bersuluh, ATM akan bertemu Kelantan di final. Final apa, Final Piala Malaysia edisi 89. Sudah 88 kali final Piala Malaysia telah di adakan. Sudah tentu team Selangor paling champion, 47 kali masuk final.

ATM lega sebenarnya bila mengetahui bahawa mereka tidak perlu berdepan dengan team Selangor yang mereka pernah kalah dalam final dahulu kala. Mereka pernah kalah dengan Selangor dua kali. Kali pertama di Padang Kelab Selangor dan kali kedua di Stadium Merdeka. Dali Omar satu nama legenda bagi penyokong penyokong Kelantan pernah menyarung jersi ATM pada tahun 1966 tetapi gagal membantu ATM mengalahkan Selangor dalam final itu.

Kelantan pula tak lah champion sangat, walaupun pun mereka mempunyai padang yang tertua di Malaysia. Banyak banyak final, hanya empat kali masuk final. Tak power bukan.

Pada tahun 1955, mereka kalah dengan Singapura di bumi Temasik. Manakala tahun 1970 buat pertama kali orang Kelantan merasai kehangatan , keseronokan dan kehebatan final di Stadium Merdeka. Berbekal pemain tersohor mereka, Dali Omar telah menunjukan kehebatan nya apabila menjaring 21 gol daripada 28  untuk  pasukan Kelantan. Power bukan Dali Omar ketika itu. Namun, mereka balik dengan frust tertonggek sambil menangis di Karak Highway. Mereka kalah tipis di kaki Yeop. Dali Omar ketika itu hampir menangis kerana tersangat kecewa.

Zaman kegelapan Kelantan bermula bila Dali Omar berhijrah ke Australia dan bermain bola di sana.
Selepas itu, mereka buat keputusan nak berehat seketika. Main bola dah tak bersungguh sungguh. Hanya Hashim Mustapa saja yang nampak sedikit bersungguh sungguh.Yang lain banyak makan budu dari main bola. Jalan pergi stadium pun  ada yang tak kenal dah.

Akhir mereka sedar, mereka bangkit kembali .Mereka datang ke Stadium Bukit Jalil memburu tropy Piala Malaysia yang pertama pada tahun 2009. Namun, segala impian, harapan dan kehebatan mereka lebur di kaki pewaris adat perpatih.  Kecewa amat ketika itu. Namun mereka juga menjadi power, habis team lain gerun semacam tengok abe abe ini.

Tahun 2010, tahun yang amat bersejarah buat sejarah bolasepak Kelantan Mereka bergelar champion kali pertama dan kali pertama mereka mencium Piala Malaysia. Piala Malaysia ini yang banyak negeri lain sudah cium kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak. Kesian..amat kesian. (Mohon baca dengan kesian.)

Bab Melaka ni lain kali kita ulas. Masuk final pun tak pernah. Punya la kayu kaki bangku mereka. Kalau lah Hang tuah masih ada, mesti Hang Tuah merasa malu lalu dia akan pantun,

buah melaka makan sampai kenyang.
main bola tak menang menang.


Jadi Kelantan sudah setaraf Terengganu, Brunei dan sebuah kelab dari Selangor. Masa itu masing masing sibuk berbicara tentang bola. Siang bola dan malam pun sembang bola. Siang malam pakai jersi merah.


Kini, Kelantan masuk final lagi. Kali ini di Stadium Shah Alam. Maka bermula lah sembang
sembang bab bola dari Gua musang sampai ke Kota Bahru, dari Jeli sampai Pasir Puteh










Ketika ini,  segala nya bola. makan bola, tidur bola, minum pun bola.

Dan aku harap Kelantan boleh join Pahang, Johor dan perlis dalam champion dua kali dalam Piala Malaysia.


Akhir kata.

Tak sabar menanti pertembungan Ghaddar dan Marlon memburu gol. Setakat ini hanya Abdul Ghani Minhat yang paling power, score 4 gol dalam satu game final Piala Malaysia.






Thursday, 11 October 2012

Score




Semalam anak aku yang umur 7 tahun merungut tentang subjek fekah. Katanya tak lah senang sangat  exam nya. Hari ini dia bagi tahu dia dapat 100 markah.

Esoknya dia nak exam subjek bahasa arab. Katanya subjek ini senang sikit macam makan kacang.
Tapi aku tengok masa nak makan kacang, dia hempas pulas nak buka kulit kacang, last last abahnya juga yang tolong buka kulit kacang itu.

"kalau senang mesti boleh score 110%" kata aku sambil tengok marlon score satu gol masuk gol singa.

anak aku nampak sedikit confius masa aku cakap perkataan score itu.

Lalu dia bersuara.

" bahasa arab mana boleh score , abah.. Dia kena tulis "

Terus aku buat buat marah kat referee pasal bagi entra time banyak banyak.

Wednesday, 10 October 2012

selipar


Bab hilang selipar ini satu perkara biasa bagi budak budak sekolah asrama. Biasanya bab hilang selipar ini berlaku di tempat kita beribadat contohnya surau. Bukan hilang di bilik mandi atau di bilik mencangkung.

Budak asrama ni terutama budak budak junior , time sembahyang kena berjemaah, kena sembahyang di surau dan kena pumping kalau tak sembahyang. Dari subuh bawa ke Isyak, mesti sembahyang kat surau. Lain tempat tak boleh kata majlis fatwa buda budak senior.

Biasa bila ramai ramai ke surau asrama, perkara yang sering berlaku ialah kehilangan selipar . Kes kes kehilangan selipar ini menjadi perbualan junior junior tak kira masa, tak kira waktu dan tak kira tempat.

Kadang kala time tengah tidur pun boleh mengigau sembang bab hilang selipar.

Macam strategi dan tektik yang budak junior junior pakai. Ada yang boleh pakai dan ada yang tak boleh pakai.

 
Ada bawa pedal ayam dan pedalkan selipar di tepi surau. Sekali selipar dan pedal ayam hilang . Ayam sungguh pencuri durjana itu.

 
Ada yang tulis nama sendiri atas selipar itu.Misalnya John Rambo. Sekali selipar sama sama tulisan itu hilang begitu saja. Macam magik.

 
Ada yang pakai kaki ayam masuk surau. Berjengket jengket  dari dorm ke surau. Bahananya pak iman suruh jalan itik sambil berkaki ayam keliling surau.

 
Ada yang pakai selipar paling buruk . Paling buruk sampai bentuk dah tak macam selipar. Itu pun hilang juga. Punya la rabun pencuri ketika itu.

 

Dan siapa tidak pernah hilang selipar, dia champion.

Friday, 5 October 2012

makwe pakwe



" Abang tengok awak ni boleh tahan Islamnya, sembahyang cukup, tutup aurat cukup, tapi sayang......" tegur pakwe penyokong Real Madrid

" tapi apa sayang" tanya makwe baju merah.

" sayang awak suka pakai baju syaitan" slow pakwe bisik ke telinga makwenya.

terus makwe berbaju menyu tarik muka macam sambil cubit paha pakwe.

hal hal PM



Ketika aku nak suap nasi ke dalam mulut, aku diganggu dengan sembang hal hal politik di meja sebelah. Kelihatan seorang agak sikit veteran dan seorang lagi belia hampir sampai kemuncak belianya. Mereka kelihatan begitu bersemangat sekali mempertahankan parti masing masing lebih daripada diri sendiri.

Yang sikit veteran cuba memberitahu yang terlebih  belia itu hal hal politik yang patut kena tahu. Tak sedap pula aku rasa kalau hal hal politik disalah faham. Tak patut aku makan tanpa memperbetulkan keadaan.

Lantas aku bangun sambil tendang kerusi plastik empat segi masuk bawah meja. Ada sedikit keluh dari kerusi itu tanda tak puas hati, tapi aku tak ambil peduli. Lalu aku lontarkan soalan STPM subjek pengajian AM.

" jawatan Perdana Menteri siapa sebenarnya yang pilih"

Yang sikit veteran kelihatan senyum yakin.

" rakyat malaysia la, kita la" jawabnya yakin.

Lalu aku bagi sikit pencerahan.

" salah, Najib jadi PM pasal ahli Umno dan penduduk Pekan yang pilih"





Aku tengok yang sikit veteran dan yang terlebih belia macam konfius lain macam.

Aku sambung lagi.

"Kita pilih parti saja"





Tuesday, 2 October 2012

aku terima seadanya.



" ini cantik, itu lagi cantik, yang ini lagi cantik." kata seorang customer lelaki tanda confuse beribu batu.

Bab pening nak pilih tivi kadang kala telan panadol dua papan pun belum tentu hilang peningnya.

Sebagai seorang salesman yang banyak makan garam dari makan gula, aku ada jalan penyelesaiannya.

" begini encik Anuar Ibrahim, cuba bayangkan tivi cantik ini macam perempuan cantik. Jika encik jumpa satu perempuan yang cantik hari ini, besok besok encik Anuar Ibrahim akan jumpa lagi perempuan yang lebih cantik, betul kan"

encik Anuar Ibrahim angguk slow tanda setuju.


sambung aku,

" jadi, apa kata encik beli saja tivi yang cantik ini. Bawa balik dan tengok lama lama. Jangan lagi nak compare dengan tivi cantik yang lain"

"setuju" aku cuba close sales.

"Ok, saya terima tivi ini seadanya." sambil hulur kredit kad platinum Hong Leong Abdullah Bank.

Siapa dia?




Siapa dia ni?

korang kenal siapa dia ini?

Najib dan Anuar kenal tak siapa  dia  ini?


Ini presiden paling miskin di dunia.

Paling miskin.

Miskin.


ustazah


Monday, 1 October 2012

Kerjaya Ramli



Ramli macam biasa, bangun pagi gosok gigi,mandi dan terus pergi kerja. Nanti sampai office, dia boleh pekena breakfast time kerja. Walaupun gaji kecik , tapi Ramli suka kerjayanya kerana kerja macam tak kerja. Curi tulang baginya sudah menjadi perkara biasa, jadi dia cuba cuba nak curi hati pulak.

Bab bab nak jadi pencuri hati tiada masalah bagi diri. Sebagai seorang pegawai HR yang berkaliber, setiap borang permohonan diteliti semacam rupa. Yang jelita diberi perhatian
Dan yang tidak jelita dibuang ke dalam tong sampah.

Lepas belek gambar, Ramli cari no telefon dalam borang itu. Ada yang line maxis dan ada yang pakai line celcom.ada yang pakai no 016 dan ada yang pakai line 017. Ramli semakin sibuk salin no telefon ke dalam buku lima lima lima. Speed tulisan sangat formula one, laju dan cekap. Risau juga Ramli kalau rakan se office nampak perangai buruknya. Mana dia nak letak muka buruknya kalau terkantoi time itu.

selepas lunch, Ramli mula buat kerja. Kerja part time yang pihak Cuepacs sampai sekarang tak tahu punya.( atau buat buat tak tahu). Ramli mengelurkan senjata sulitnya. Sebuah smartphone jenis buah lima biji tiga ringgit. Smartphone ini sudah tiga tahun Ramli pakai, niat nak tukar baru menjelma bila terdengar Najib satu Malaysia mengumumkan subsidi yang tiada mana mana perdana menteri di dunia ini terfikir nak buat.

berbalik story tadi, Ramli terus tekan screen phone yang baru di salin tadi.

Ramli susun ayat mengayat baik sekali.

" salam, tak balas berdosa tau"

belum sempat Ramli nak letak smartphone atas mejanya, sms baru masuk mengadap.

Steady Ramli buka..

" kau sape, aku Osman"

" cilakak, aku tersalah ambil no phone ni, mungkin no phone pak dia dalam emergency kolum." kata Ramli sambil tepuk dahi.

Akibat frust tertonggeng, Ramli terus pergi minum buat kali ketiga pada hari itu.

Sunday, 30 September 2012

masih kah kau ingat



Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sepinggan kuey teow kerang
ku hulur kan pada mu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi lapar dan menjadi sedap
Masihkah kau ingat

Masih kah kau ingat
Kita berlari lari di kaki bendang mencari peluang
Lalu warden lalu kita kena bersama

Masih kah kau ingat
Masih kah kau ingat

Masihkah kau ingat
Selori tayar itu
Di depan taman ini
Ia menjadi cantik
Kita susun bersama

Masih kah kau ingat
Masih kah kau ingat

p/s ulang lagu ini sampai ingat.

Monday, 17 September 2012

Geng rumah sewa lorong pauh (4)






Sedang leka melalak, muncul Tok Cik di depan pintu.Kedatangan Tok Cik di sambut dengan wajah kering oleh penghuni rumah sewa lorong pauh. Untuk yang tak tahu,Tok Cik memegang watak tuan rumah dalam story ini.

Tok cik bermula bertukang, bukan tukang rumah tapi tukang cakap, Hamzaid dan Shukri pula menjadi tukang dengar manakala yang lain jadi tukang senyap.

Khidmat nasihat secara free itu berselang seli dengan ceramah agama di tuju kepada Hamzaid dan Shukri.Maka berlaku lah penderaan telinga di rumah itu.Berdarah juga telinga Hamzaid aku tengok.

“Pong pang ....tak sedap. ..... pung pang memekak.....pong pang pung...katak...pong pang pung pong...tak sembahyang..pung pang pang..tak ingin buat menantu...bla bla bla...” gaya bertukang tok cik bersahaja.Semua kaku membisu dan tak terkata.

Entah kenapa malam tu, Tok Cik marah tak serupa bikin, bernada irama tak sekata, sekejap naik, sekejap turun.

Tapi masa tok cik nak balik, sempat lagi dia lontar lagu kegemarannya kepada Hamzaid dan Shukri”

“ kalau hampa nak nyanyi sangat, hampa nyanyi lagu ni..”

“ lagu pa tok cik” senada seirama kami menanya.Sikit pun tak goyang bunyinya.

“ lagu seribu budak hitam” kata Tok Cik sambil bersiur.

Tambah Tok Cik lagi..

“Main sekali gitar tak badan tu.”





"gila apa nak nyanyi lagu ini , 3 jam belum tentu habis" kata Hamzaid










Wednesday, 12 September 2012

pemenangnya ialah....








iPad menguasai 62% pasaran tablet dunia manakala 38% pula dikuasai oleh gabungan tablet-tablet lain seperti Samsung, Blackbery, Sony dan lain lain.



Apple iphone 5 . Nak beli , tak terbeli, tak boleh beli.




















Yang sedap..

1)Lebih nipis dan ringan. Lebih sedap pegang.

2)4G LTE. Lebih formula one.

3)A6 chip. Lebih kilometer.

4)Bateri tahan lama. Lebih puas zahir dan batin.

5)kamera 8 megapixel. Lebih pencerahan.


Yang tak sedap.

1) duit tak cukup.

2) nak beli ansuran, hutang lama belum settle.

3) handphone S 3 baru beli.

4)cari kedai handphone tak jumpa, aku duduk kampung.

5) duit ada tapi bini simpan.

Tuesday, 11 September 2012

geng rumah sewa lorong pauh 3










Selepas selesai dinner bersama geng rumah sewa lorong pauh, kami bersantai di ruang tamu.

Masakan Shukri macam biasa biasa, nasi tak berapa nak putih dengan gulai masak telor berkecai kecai. Tak lupa juga perasa tambahan,, ikan tamban bersisik tersusun rapi di atas pinggan di belah empat dan nampak sedap sekali. Ikan masin ini entah hutang kat Kedai Ah Cuan dah bayar entah tidak. Masing masing tak berani nak tanya.

Hamzaid dari dulu lagi makan tak lalu, empat pinggan dia tambah sekali gus. Kurus tetap kurus,jenis nasi tak melekat kat dinding perut barangkali atau terus masuk ke tangki belakang barangkali.

Berbalik ke cerita di ruang tamu, tiada aktiviti yang menarik berlaku pada malam itu. Free and easy kalau di ikut kata bahasa pelancongan. Tiada sofa , tiada tivi, jauh sekali channel astro. Yang ada cuma radio buruk, sekejap bunyi , sekejap tak bunyi.Kadang kala kena hampok ke lantai baru nak bunyi. Paling femes radio tiga channel Alor Setar time tu. Dj nya pulak Pak din. Habis dia putar lagu Hijau Kuning siang dan malam.


Tak lupa sebatang gitar terletak di hujung sudut ruang tamu. Hamzaid dan shukri bergilir gilir ambil giliran memetik tali gitar sambil menyanyi lagu bujang senang. Kadang kala mereka menyanyi lagu negaraku sambil menaikkan kain pelekat masing masing.

Mokhtar pula tengah nyanyi lagu keliru sambil keliru nak pilih adik atau kakak.adik sedap, kakak pun sedap, kalau aku dua dua aku sapu, sikit aku tak kasi peluang.Time tu facebook tak ada lagi, kalau tidak senang sikit Mokhtar nak pilih yang mana satu.

Ishak pula tengah buat sampah di hujung tangga. Dah berkajang kajang surat di lontar masuk tong sampah. Nak lontar cinta belum terdaya , nak luah isi hati kepada kekasih tak lepas lepas lagi.

Mat nor sibuk sibuk kan diri menengok bulan...entah rindu siapa pun tak tahu.Makwe aku tengok sampai sekarang pun belum ada, bini entah bila pun aku tak tau.

Aku dan Razak macam biasa main gentik gentik jari. Nak buang hati tak ada orang nak sambut, jadi kami buang masa saja. Hajat nak tengok cerita , tivi tak ada. Apa tah lagi nak tengok you tube, jangan berangan.


Kalau nak tengok tivi juga, kena bertapak ke kedai adik.( ini adik bukan adik kekasih mokhtar). Kalau makan kat kedai adik, suap nasi selalunya masuk ke hidung,. Bukan pasal leka tengok tivi, tapi leka tengok adik.Adik punya power cun dia sampai Hamzaid selalu jalan membongkok boleh tiba tiba jalan mendada.Bayangkan lah.

Biasanya kalau aku pergi dengan Hamzaid, layanan adik lebih berat kepada aku, kalau hamzaid minta order, adik siap tengking tengking bila ambil order.kalau dengan aku, suara adik lebih lembut dari tulang ikan sardin. Lembut dan sopan penuh perisa.

Satu rahsia yang belum pecah ialah adik pernah offer diri untuk ajak aku tengok wayang . Hamzaid dan Mat Nor mesti tahu ini cerita..

Aku pun heran orang hemsem macam hamzaid pun adik tak pandang., mungkin dada bidang aku jadi tarikan .

Tapi macam biasa, orang macam aku memang tak suka melukai hati perempuan.
Aku menolak dengan sengih sekali.

“Abang dah berkahwin, kena tangkap basah dengan budak asma” tiba tiba terpancut ayat klasik dari mulut aku..Hamzaid dari tadi tengah sedap hisap air sirap terus terpancut perasa sirap dari mulutnya. Terkejut jibon gamaknya.Malah kucing kat bawah meja juga tumpang terkejut.

Sebenarnya aku tak ada duit lebih untuk belanja orang lain tengok wayang...

“ Makan pun gulai telor berkecai kongsi ramai ramai, ada hati nak belanja perempuan tengok wayang,” kata aku dalam hati sambil tengok cermin.


Monday, 10 September 2012

hal hal jiran

‎"hai jiran, apa kena semalam, ada bunyi suara, ada bunyi gocang pintu.
u dgn u punya wife ok ke" tanya jiran di muka pintunya.

" I ok, cuma ada sikit hal malam tadi" balas aku di muka pintu rumah aku.

" serius ke" jiran aku cuba menyelongkar almari fikiran aku.

" I terkunci dalam toilet malam tadi, sikit lagi I nak tidur kat situ, nasib baik wife I turun bawah, cari I" aku story kat dia macam cerita dalam discovery channel.

"ohhhh I see"..kata jiran aku.

"habis tu, macam mana u keluar" tanya jiran aku dengan muka tengah confius.

"I karate pintu pecah dua" kata aku di celah muka pintu.

Sunday, 9 September 2012

geng rumah sewa lorong pauh 2





Hari itu cuaca sangat panas,cukup panas sampai bulu punggung pun tak mampu bersuara. Kelihatan pokok pokok kelapa nampak longlai dan lesu di hujung awan,mungkin dahaga amat sangat barangkali.Burung burung pun kurang berterbangan,tiada bunyi keriangan di langit sana.Masing masing simpan sayap untuk dikepak di petang hari.Manakala siput babi turut diam membisu, tiada muncul kepala di siang hari.Mungkin sabar nunggu malam hari untuk berpesta.Bulan puasa datang menjelma lagi.Bulan yang penuh dengan kelaparan di siang hari dan kekenyangan di malam hari.

Aku dan Razak jalan kaki seperti biasa. Selepas turun dari bas,kami perlu berdepan dua halangan yang berat untuk balik ke rumah sewa lorong pauh. Balik dari sekolah sambil galas beg yg berat bukan kerja main main. Boleh patah bahu kalau tak pandai nak handle.

Halangan pertama kami tempuhi dengan tabah. Setiap jelingan , lambaian dan senyuman budak budak perempuan sekolah asma kami tempis bersama sama. Sikit pun langkah kami tak kucar kacir.Budak asma macam biasa, ada yang cantik dan ada yang tidak cantik.Yang biasa mengorat kami biasa nya yang tak cantik sangat. Yang jenis tiada kawan lelaki barangkali.

Kami jalan laju laju pandang ke depan sambil sempat aku pesan pada Razak.
“Pak daq, hang jangan buat muka jahat, jaga posa kita. “

Razak angguk sambil memegang mukanya, takut mukanya bertukar wajah setan.Malu mak bapak kat kampung kalau bermuka setan.

Sambung aku.

" ini semua cubaan dari Allah pada kita..cekup baik baik nafsu hang tu, jangan terlepas."

Halang pertama senang senang kami handle..sambil berjalan sambil berisghfar.Kelihatan budak budak asma nampak kecewa. Kecewa sangat sampai memaki maki kami.

" macam la hemsem sangat, yang gigi kapak tu muka macam botol kicap" aku yakin ucapan itu di tujukan pada si Razak, aku sangat yakin.



Sampai saja dekat simpang , kami terpaksa berhenti, teringkat kata kata cikgu kelab trafik sekolah, cikgu Mat Rafik.


“ setiap kali sampai simpang, kamu kena berhenti, pandang kanan pandang kiri”

Begitulah kata kata nasihat yang ikhlas yang sempat aku rakam kan.

Bila aku pandang kanan, kelihatan seorang lelaki tua berbangsa cina berdiri di pintu syurga kedai runcitnya. Gayanya berdiri sambil bersilang kaki penuh bermakna. Senyuman nya sangat menawan dan gigiya nampak tak berapa nak putih.Penuh bergaya. Aku lihat tiang lektrik berada di tepi jalan pun turut lembik lutut kalau tengok gaya machonya.

Aku pandang Razak, Aku lihat muka Razak dah sikit sikit bertukar wajah..tanduk pun dah nampak di kepala.Aku cuma kontrol diri sambil berdiri.

Aku berbincang dengan Razak.

"walaupun beg sekolah kita berat, berat lagi dosa kalau tak posa". Nasihat aku gaya gaya ustaz muda.

Tapi Razak tak puas hati,

Lima minit kami berbincang. Segala hujah habis di bahas, Keimanan, kelaparan dan kesyurgaan habis kami pertimbangkan. Last last aku tarik Razak masuk kedai.


sunyi seketika.




Berbekal beg sekolah yang berair, kami jalan laju laju menuju ke rumah sewa lorong pauh tanpa pandang kiri kanan. Si Tiger ,jiran India kami tengok kami sambil geleng kepala.Sikit pun tak berani nak tegur kami.


Sampai kat rumah, terus kami tutup pintu rapat rapat. Takut takut majlis agama masuk mengadap.

Hari tu , kami hirup air sirap sedap sekali.




















Thursday, 6 September 2012

geng rumah sewa lorong pauh



Dalam dunia orang bujang yang sedang sedang, dapat makan laksa terasa nikmat sekali. Apa tah lagi makan laksa free dunia dan akhirat.
Menunggu Mat Yak datang membawa sekilo dua laksa bukan macam order pizza di kedai pizza hut.Banyak liku dan durinya.

Nak minta tak sampai hati, nak order tak berduit lagi, nak berkias tak pandai lagi.
Biasa biasa Hamzaid dan shukri yang selalu berkias. Kias pagi makan pagi, kias petang makan petang, kias laksa makan ramai ramai.Kadang kadang buat buat mengamuk sawan baru dapat makan laksa. Punya la susah nak makan laksa ketika itu.

Budak budak geng rumah sewa lorong pauh kalau dapat makan laksa , senyap sepi di buatnya. Bunyi kentut pun tiada. Yang ada cuma bunyi lutut longgar angkara banyak bergoyang.

Masing masing berkumpul di tengah ruang tamu menghadap laksa. Ada duduk bersila dan ada duduk simpuh. Tak lupa yang duduk mencangkung. Masing masing fokus hidangan di depan mata, mulut dan lutut.

Mokhtar macam biasa kadang kala berselera makan, kadang kala tak berselera makan. Kena tengok angin.

Ishak seperti biasa lebih banyak menghadap buku daripada menghadap laksa. Pengawas sekolah memang perangai macam itu. Makan sikit berak banyak….

Hamzaid bukan setakat laksa,malah timun dan bawang habis semua dia bedal. Cuma pedal ayam dia belum pedal. Biasa pedal ayam rumah sewa lorong pauh Shukri pegang.Setakat ini belum ada lagi Shukri kompain pedal ayam rumah sewa kena pedal.

Mat nor pulak hilang jiwa sasteranya kalau tak makan laksa Mat Yak. Gelap gelita punah asmara. Tiada bulan, tiada bintang.

Tapi bila dah makan, terang menerang bak bulan purnama. Mula lah naik sheik memuja bulan dan bintang.

Shukri pulak sudah nak cerita. Bila tak makan laksa, badan tinggal kerangka, bila sudah makan, badan naik memboroi. Punya lah suka sampai tersenyih sampai semenyih..

Razak pulak kalau layan laksa, hilang gigi kapaknya buat seketika. Gaya makannya pulak serupa setan, suap laksa pakai senduk lama.

Sunday, 2 September 2012

tulang drum stick.



"berapa harga drumstick ayam ni" tanya aku pada penjual pasar pagi.

Suasana pagi di pasar pagi hinggar binggar.Dari suara penjual ikan bawa ke suara penjual sayur,semua mula bernyanyi untuk menarik perhatian pelanggan makcik dan pakcik. Di sini lah tempat makcik dan pakcik berkumpul, bersembang dan berbicara hal hal rumah tangga, hal hal rumah flat dan hal hal rumah banglo.

Di sinilah syurga bagi pengemis pengemis cari makan dan cari minum. Mereka mencari simpati dengan mempamerkan kecacatan, kaki kudung misalnya. Mereka mempamerkan wajah wajah surau yang dalam pembikinan, memerlukan sumbangan derma dari masyarakat. Mereka mencari dengan tekun dan penuh berdisplin sekali.

" yang ni, sekilo rm 12 ringgit, bang" jawab penjual bersuara ayam pencen.

" boleh tahan mahalnya. Mahal bukan main harganya. Tengok lutut aku pun ada sikit goyang" tunjuk aku pada penjual itu.

" bang, drumstick ni ada dua kelebihan."

" isi boleh kita makan, tulangnya pulak, kita boleh buat gosok gigi" kata penjual ayam bernama Mat Kirim Bin Mat Salam sambil tunjuk gigi putihnya.

ok..bagi sekilo.



Ulat buku di Paradigm Mall














Bela binatang

"Bosan betul bela ikan ni, " kata anak kepada bapanya.

" awat pulak" tanya bapa berbau cakap utara.

"muka ikan semua sama saja." jawab anaknya.

Tanpa di suruh bapanya buat muka sardin cap ayam brand.

Friday, 31 August 2012

tren baru



Aku rasa merdeka betul bila masuk dalam tren komuter yang baru ini. Tren yang bernilai 49 juta ringgit Malaysia. Tren yang boleh muat seramai 1100 orang tak kira saiz kecik atau saiz besar, rendah atau tinggi dan lelaki atau perempuan.

Tren yang lebih laju dari tren sebelum ini. Abang driver mesti rasa bangga bila drive tren ini. Mesti rasa bangga mengalahkan driver kapal terbang Air Asia aku rasa.

Ok.

Dalam sedap sedap aku duduk dengan gaya santai dengan tangan di bahu kerusi, kaki melunjur ke lantai dan kepala tersandar di dinding cermin. Bertambah sedap bila aku tengok tivi lcd bersaiz kecik tengah tayang cerita merdeka.

“Power betul tren ni , siap ada tivi lcd lagi” puji aku sambil ketuk ketuk cermin komuter.

Tiba tiba anak aku, budak darjah 3 kelas intelek bersuara bernada soalan.

“ abah, kelakuan sumbang tu apa benda?...sambil tunjuk jari nya ke arah gambar tertera di bahagian atas dinding badan komuter.

Terus aku tengok satu persatu tanda tanda berbentuk larangan.






Dilarang merokok, dilarang minum, dilarang buang sampah. di larang melekat gula gula getah, di larang kelakuan sumbang, di laranggg.....

Belum sempat aku habis baca semua larangan itu, anak aku bersuara dengan konfiden sekali, sikit pun tak goyang.

"Ohhh….tak boleh buat bising, ya abahhh"


Terus aku buat buat tidur serupa hari sudah malam sambil tarik jalur gemilang buat macam selimut.

memang bab kelakuan sumbang orang buat senyap senyap dan yang tengok pun kadang kadang terdiam juga...keh keh keh, aku gelak di bawah selimut.




Wednesday, 29 August 2012

rubber






Ramli dengan aku bukan apa apa sangat. Cuma kawan sekampung, kawan sekepala dan kawan selutut.


Tiga tahun kami berkongsi kasih, kasih seorang kawan kepada kawan yang lain. Tiga tahun juga kami bermain, bergaduh dan bermain semula. Tiga tahun kami makan nasi , makan maggi mentah mentah tepi jalan dan kadang kala termakan penampar bersama sama. Kami juga pernah berebut rebut makan buah kote mamak bersama sama.

Pada tahun 1990, di kala rakyat Malaysia kehilangan Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman. Aku kehilangan rakan sejati bernama Ramli.

Pertukaran LLN kepada nama baru TNB, menyebabkan ayah Ramli terpaksa berpindah ke Kolompo. Ramli sangat sedih, bukan sedih kerana terpaksa tinggal kan kawan kawan, tetapi teramat sedih kerana terpaksa meninggalkan loghat kedah nya yang pekat melekat.

Cakap Kolumpo bagi Ramli tak cukup rasa, tak sedap dan tak cukup ajinomotonya. Paling tak sedap bila nak marah orang. Tak kasar secukup rasa. Kurang gula dan milonya.

Ramli cuba bayang kan suasana di sekolah baru dan kawan kawan baru yang bergaya urban.Di sekolah baru itu, Ramli ditempatkan di baris belakang sekali di hujung tingkap. Belakangnya ada almari yang kalau tengok sudah macam tak almari. Sebelah tempat duduknya pulak di hiasi seorang pelajar perempuan, bermuka cun dan bertubuh tinggi dan berkulit putih. Sempat juga ramli jeling sekali sekala.

Tiba di sekolah baru, ramli di tempat kan di kelas 4 facebook, kelas paling cerdik di sekolah itu, kelas harapan PIBG sekolah itu. Kelas yang paling senyap bila cikgu sibuk bermesyuarat setiap kali selepas rehat.

Hari pertama Ramli duduk diam diam berisi. Nak cakap Kolumpo tak pandai lagi, nak cakap Loghat kedah jadi malu tak tentu hala pulak. Jadi, ramli banyak angguk dari bercakap.

Hari kedua pulak , ujian bertulis Bahasa Malaysia tiba tiba di adakan. Ramli dah mula kelam kabut. Maki dalam bahasa kedah dah mula bersiaran dalam kepalanya.
Kebetulan, sepatah benda pun Ramli tak bawa. Dalam beg cuma ada sekeping kertas saja..itu pun hajat nak guna untuk tulisan surat pada kawan kampungnya, si Mizi.

Hari ini ramli terpaksa bercakap dengan kawan perempuan di sebelah.
Mula mula minta pensil barang sebatang, kawan perempuan nya tersenyum sambil menghulur pensil sebatang.

Kemudian ramli minta pembaris pulak, nak buat garisan katanya. Kawan perempuan nya tersengih sambil bagi signal boleh ambil. Ramli dah rasa yakin dengan gaya bahasanya, kawan sebelah boleh faham loghatnya.



Lepas habis ujian ini, Ramli pasang niat, niat nak sembang habis habisan dengan kawan perempuan sebelahnya.

Hajat Ramli nak ajak pergi tengok wayang. Dengar cerita ada satu movie sedap tengok tengah tayang kat panggung. Kalau tak salah tajuknya “ I cubit U, U cubit I.
Movie macam ni Ramli rasa sangat sesuai untuk pergi tengok. Tapi Ramli ada sikit masalah, Ramli takut kegelapan.

Di beritakan dalam panggung wayang sangat gelap. Ramli kalau bab bab gelap Ramli boleh naik takut. Tambah tambah lagi kalau dalam panggung wayang itu ada banyak tangga, semakin naik takut lah perasaan Ramli.
Jadi, Ramli cadang nak bawa lampu suruh. Ramli nak suluh atas bawah, takut kalau kalau ada ular melingkar di kakinya.

5 minit kemudian, tiba tiba kelas kucar kacir, kecoh .Jeritan dari baris belakang mengemparkan penghuni kelas tersebut. Cikgu Azman tadi asyik mengelamun terus terlompat atas kerusi. Ketua kelas yang tadi asyik meniru jiran sebelah terus terkejut sampai tertelan buah dadu miliknya.Pendek kata, masing masing sempat buat gaya terkejut dalam kelas 4 facebook tu.

Ramli terkejut dengan respon kawan perempuan disebelahnya. Ramli tak buat apa apa pun. Ramli hanya minta pinjam barang kepunyaan dia saja.

“ ramli nak raba, boleh” sambil menunjuk sekeping getah berbentuk empat segi bersaiz duit 20 sen.

Tuesday, 28 August 2012

Raya

RAYA

Sambil pekena ketupat semalam, aku baring sambil tengok tivi. Ketupat pulut ni kalau makan cicah rending daging, dia punya pergi boleh habis 10 ketul ketupat sekali makan. Biasanya aku makan ketupat ini bertemankan air sirap merah lampu trafik light. Sambil suap sambil tengok tivi, cerita sedih.

“Mengapa awak sanggup lukai hati ini” teriak Lisa Surihani Suara kuat kuat.

Tergaman aku seketika, sikit lagi nak terlekat ketupat.Nasib baik aku mempunyai pengalaman makan ketupat bertahun tahun. Pernah champion bab makan ketupat masa tadika dulu.

“ Awak tak sayang saya lagi ke”sambung Lisa Surihani sambil merajuk.

Tiba tiba aku jadi sedih pulak, ketupat yang ada di tangan, tunggu masa nak sumbat ke dalam mulut, aku swing ke tepi dan letak semula di atas pinggan. Tiba tiba selera hilang entah kemana.

“Ehhh…siapa ni, salah orang kot” balas aku dalam penuh keliru. Biasanya yang Ramli Sarip yang biasa keliru pagi petang ni. aku cuba control keadaan.

Aku terpaksa ubah polisi baring kepada polisi duduk melihat situasi yang semakin tak terkawal ni. Suasana semakin genting, sunyi semakin sepi.aku tabah menanti apa ayat Lisa Suriani seterusnya.

“ Sampai hati awak, apa istimewa perempuan itu” soal Lisa Surihani. Tangisan nya semakin kuat. berkaca juga mata aku bila melihatnya.

“wowowowo, steady, steady, jangan macam ni” pujuk aku semakin celaru.


Kelepuk....bunyi remote control hinggap di muka.

“Mail kembung, yang ko duduk macam nak berak ni apa kena” sound mak aku sambil off tivi pakai kaki.

"ni lah budak zaman sekarang, suka sangat raya di depan tivi,” tambah nya lagi.

Celaka….aku tengah tengok tivi tadi rupanya.
Ingat real.

Terus aku masuk bilik, sembahyang minta doa apa yang patut.

pandainya.







Tadi anak aku suruh aku lukis fox dalam buku latihan englishnya. Dengan skil dan pengalaman yang aku ada, aku melukisnya tekun sekali, sampai terheyot habis mulut dan mata. Punya tinggi skil aku ketika itu, kalau imuda tengok, mesti dia tak percaya punya.

aku tengok anak aku terpegun habis. lalu dia bersuara tanda terkejut.

" abah, cikgu suruh lukis fox, bukan beruang"

terus aku on tivi buka channel binatang.

Friday, 24 August 2012

emas tulen dari lombong.





ketulan emas tulen daripada lombong. Ketulan ini terbentuk setelah dibakar dengan api. Asalnya berbentuk serbuk serbuk kecil. Anggaran harga berpuluh pluh ribu.



Wednesday, 22 August 2012

ikan

Bila aku balik dari kampung, aku lega ikan ikan aku belum jadi arwah. Kelegaan aku tak berpanjangan, bila aku dapati ikan bandaraya hilang begitu saja, bayang pun tak nampak. Mengikut undang undang tubuh ikan , jika kehilangan atau kematian melebihi 24 jam, baru lah pemiliknya boleh memandu kereta menghala ke kedai jual ikan dan ketam.

Ikan bandaraya ini aku sangat suka kerana ikan ini lah yang menutup kemalasan aku untuk menukar air seminggu sekali. Tapi kadang kala aku tengok ikan bandaraya lebih malas dari aku, banyak merempit dari membuat kerja.

hampir satu jam aku duduk depan akuarium ni, sekejap duduk bersila, sekejap duduk cangkung dan sekejap duduk bersimpul. Ada juga niat nak hulur kepala masuk dalam akuarium, nasib baik tak muat akuarium itu.

Yang seramnya, dari mana datang seekor udang dalam akuarium ni. Siapa berani nak jawab ni.

Siapa berani cakap yang ikan bandaraya aku telah bertukar menjadi seekor udang.

Mungkin kena sumpah atau sudah bosan jadi ikan.

Sunday, 19 August 2012

banglo



‘Doctor, isteri saya macam mana ?’ doctor....soalan dato KK separuh lemah bunyinya lantas dipintas dengan isyarat tangan kanan Dr Norman Hakim.

‘Tengok keadaan datin ni, memang patutnya dah lama mati.tapi tak pe, saya akan cuba sedaya mungkin,’ jawab Dr Norman.
‘Ke dato nak datin mati, ye dak..mana tahu Dato dah ada pengganti’..sambung Dr Norman dalam hati.

Sejak Dr Norman menapak keluar daripada bilik pembedahan dengan bersarung tangan yang berlumuran darah.Dia merasa tertekan melihat keadaan pesakit yang sedang dibedahnya dan sepanjang pengalaman menjadi doctor, belum pernah lagi dia mendapat kes sebegini.

‘Dato, kalau datin mati juga, apa yang boleh saya buat,’ tambah Dr Norman lagi.

Dato KK bertambah resah bila mendengar jawapan daripada Dr Norman. Jiwa Dato KK bercelaru bila memikir kembali peristiwa peristiwa hitam yang melanda keluarganya. Lepas satu persatu ahli keluarganya mati di bunuh. 3 anak dara dan 2 nak terunanya, semuanya menemui ajal dalam keadaan pelik dan ngeri. Bingung, pilu, sedih semuanya ada dalam kepala otak Dato KK.sekarang Cuma tinggal isterinya di dalam bilik pembedahan. Itupun tengah tenat dan separuh nyawa. Nasib baik dia sempat bawa isterinya ke hospital, kalau tidak entah lah...

Datin Suraya di temui terbaring di dapur dalam keadaan separuh badannya di tepi meja makan dan separuh badan lagi di tepi tangga , dekat dengan ruang tamu.Lebih kurang 5 meter jaraknya .Keadaan mayatnya sangat ngeri dan keadaan perut terburai. Namun begitu, ajal belum sampai lagi, Datin Suraya masih mampu bernafas lagi..

Tuhan maha kuasa, entah kenapa tiba tiba Dato KK membatalkan niat hendak bermain golf dengan sahabat lamanya, Dato Zabil Albar. Terus dia mengarahkan driver berpatah balik ke rumahnya, dia baru saja meninggalkan rumahnya 10 minit yang lalu.

Dato KK mundar mandir di hadapan bilik bedah, resah gelisah, terpisah, Semua bercelaru dalam pemikirannya.sekarang. Semuanya bergantung pada kecekapan dan kecekalan Dr Norman melakukan pembedahan. Dr Norman adalah juniornya semasa di sekolah tinggi .Harapan dia terhadap Dr Norman sangat tinggi..

‘Selamat malam,Dato. Saya Inspektor Rohizad Halim daripada unit siasatan jenayah edisi misteri. Dan saya berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Ya,negeri yg dah tak pandai main bola tu. Yang pengurusnya tak pandai menguruskan team bola tu’... panjang lebar dia memperkenalkan diri.

‘Saya minta kerjasama Dato untuk menyelesaikan kes secepat mungkin..Harap Dato boleh beri sedikit sebanyak keterangan kepada saya.’
Tegas polis lelaki sambil memegang pen dan sehelai kertas. Secebis tisu juga terselik di celah poket jaketnya, sebagai persediaan kalau kalau keterangan Dato boleh menumpahkan air matanya ke lantai.

Inspektor Rohizad ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan beramai ramai ahli keluarga Dato KK. Kes ini antara kes terhangat dan tergempar yang berlaku di tanah air kita. Setiap hari semua surat khabar membuat liputan berkenaan kes ini.Buletin Utama juga telah menyediakan segmen khas untuk perkembangan terkini siasatan kes ini. Lima enam kali juga Inspektor Rohizad keluar Tv. Kesemua mayat anak anak Dato KK yang di temui, semuanya dalam keadaan yang sukar untuk kenal pasti .Sampai sekarang telinga kiri anak daranya yang nombor dua masih belum di temui. Begitu juga kaki kanan anak daranya yang bongsu, hilang entah ke mana.

Apa yang menghairan pihak Polis dan media, pembunuh itu bukan sahaja membunuh dengan kejam, tetapi juga mengambil sesuatu sebagai cenderahat. Kesemua mayat anak Dato KK tidak menpunyai mata sebelah kiri. Mata sebelah kiri telah di cungkil dan tidak di jumpai di tempat kejadian.

‘Baik lah tuan Inspektor, saya akan cerita apa yang berlaku’, kata Dato KK sambil merenung peristiwa silam.

Dua minggu lepas, sempana cuti Tahun baru Cina, Dato KK sekeluarga pergi bercuti di banglo miliknya di Cameron Highland.Ini adalah kali ketiga Dato KK pergi bercuti bersama keluarganya di sana. Dato KK selalu pergi ke sana seorang diri, drivernya pun tidak dibenar mengikutnya.Selalunya Dato KK akan menginap di banglo itu 3 hari 2malam. Sejak kebelakangan ini, Datin Suraya telah mula merasa curiga terhadap Dato KK. Datin mula memasang spy, menurut spynya, Dato KK ada berjumpa sesorang di banglo tersebut .Khabarnya seorang perempuan muda.

Di banglo itu bermula segala segalanya.

Dato KK membawa keluarganya makan malam di sebuah restoran berhampiran banglonya.
Di restoran itu, beliau tersempak dengan bekas tukang kebunnya yang telah beliau pecat semasa beliau datang ke banglonya pada November lepas. Tukang kebun beliau telah berkhidmat di banglo tersebut selama 5 tahun lamanya. Sikit sebanyak rahsia Dato KK berada di tangan tukang kebun itu.

Bekas tukang kebun itu duduk di meja sebelah hujung meja Dato KK dan keluarganya. Dia hanya memerhati dengan pandangan mata yang tajam. Terdapat biasan cahaya mata dengan penuh dendam. Hanya Dato KK sahaja perasaan kehadiran bekas tukang kebun di restoran tersebut
.Ahli keluarga tidak tahu menahu kehadiran lelaki di situ, di tambah lagi kegelapan di meja hujung itu dan kegelapan muka lelaki dalam kegelapan malam menyebabkan warna gelap bertambah pekat.

Tepat 10 malam, keluarga Dato KK gempar,anak dara hilang entah kemana. Baru sebentar tadi, ahli keluarga termasuk suzana berkumpul beramai ramai di ruang tamu menonton cerita cerekarama seram. Jendela bilik tidur anaknya terbuka luas.Dato KK memandang ke luar jendela, yang kelihatan bayang bayang pokok yang di terangi bulan di langit .Dato KK mula berfikir buruk, segala macam benda datang dalam fikirannya.

Dia mengarahkan semua ahli keluarganya mencari suzana.Yang lelaki di arah mencari sekitar luar banglo tersebut. Yang perempuan di suruh mencari di dalam rumah. Dato KK masih buntu memikir kemana hilang anaknya , suzana.

Lima minit kemudian, satu jeritan kuat bergema dari tingkat atas. Dato KK bingkas bangun dari kerusi terus menerpa ke arah bunyi itu..kelihatan sepasang tubuh anak daranya terjantung di bilik air tingkat atas dalam keadaan sangat ngeri. Kaki kanan hilang entah kemana, mata hilang sebelah, tangan kanan tercabut dan tercampak ke lantai. Sekelip mata lantai bilik air berlemuran darah..

Terduduk terus Dato KK melihat keadaan mayat anaknya. Dia bertambah buntu, otaknya macam dah gila dibuatnya. Mahu dia menjerit sekuat kuat hati melihat keadaan mayat anaknya..tapi tak terdaya, suara tak sampai.

ini bukan mayat suzana, ini mayat anak bongsu aku, salina. Bisik hatinya

sambung.

Tuesday, 14 August 2012

balik kampung (episod 2)

























Aku duduk membatu di bangku di hadapan kaunter no 8. Tertera tulisan besar di cermin kaunter itu, tiket habis. Aku tidak tahu nak buat apa apa lagi, hanya mampu melihat orang ramai lalu lalang di depan aku, tengah sibuk mencari bas masing masing agaknya, tak pun sibuk mencari tiket tiket yang tengah berulat.

Buntu fikiran aku . Setengah jam tadi aku sangat hepi. Tiket Bas Najib Express sudah aku simpan kemas kemas dalam dompet bersama bersama beberapa keping duit berwarna merah dan biru. Aku banyak kali sudah terbayang pintu pagar rumah di kampong. Pintu yang sudah senget sebelah kiri dan karat warnanya. Sudah terbayang betapa seronoknya aku duduk dalam Bas Najib Express sambil sembang dengan awek sebelah. Macam macam aku plan nak tanya awek sebelah. Mungkin aku bercadang tidak mahu tidur malam ini sebagai menghormati malam raya.

Ahhhhh……apa sudah jadi sekarang. Kalau aku tahu, aku akan tahan sakit perut ni. Kalau aku tahu, aku tak akan masuk ke dalam toilet Hentian Puduraya ini.

Aku mula ingat kembali kejadian tadi, penuh dengan kekesalan.
Setengah jam tadi, selepas aku buka puasa di sebuah gerai di hentian itu, aku tiba tiba sakit perut.
Aku hanya order sepinggan mee goreng dan segelas air suam. Tiada kuih muih , udang galah atau kambing golek buat penambah sedap. Bagi aku, menu ini sudah cukup untuk mengisi perut yang kosong ini.Tapi mengapa tiba tiba perut aku sakit, mungkin mee goreng semalam tak habis jual. Mungkin aku tak baca bismillah sewaktu nak makan. Mak aku kata, kalau tak baca bismillah, setan boleh tumpang sekali.BIla waktu azan, setan lari masuk toilet, biasanya setan tak basuh tangan bila keluar dari toilet dan terus makan sepinggan dengan aku. Cis, tak boleh pakai teori ini, mana ada setan bulan ramadhan ni.

Aku terus lari masuk toilet, nasib baik ada satu kosong lagi di hujung sekali. Tanpa peduli jiran sebelah yang tengah mengeran , aku terus buka seluar dan sangkut di pintu tandas. Bag plastic cap kamdar aku pegang kemas di tangan. Sayang sungguh aku kat bag plastic itu. Dalam beg itu terdapat sehelai kain batik buat raya untuk emak aku. Tiap tiap tahun aku beli sehelai kain batik dan sehelai kain pelekat untuk ibubapa aku. Untuk tahun ini aku hanya beli kain batik saja kerana tahun lepas aku sudah terlebih beli kain pelikat untuk bapa aku. Soalan keadilan aku titik berat dalam bab ini.


“ Ahhhhhh……………..lega sekali” kata aku sambil senyum kat dinding toilet. Kira senyuman paling manis aku lemparkan pada dinding pada malam itu.

Kemudian aku terbau sesuatu. Bau kari basi. Terasa bau kari basi menusuk hidung aku. Teringat pulak kesedapan kari kepala ikan yang jiran sebelah bagi semalam. Tahap kesedapan kari kepala ikan jiran aku ni boleh sampai level 8 , level yang boleh pukul habis kedai kedai mamak made in India.

Tiba tiba…
“weiiiiii……………” jerit aku tanda panik seluruh badan.
“Bagi balik seluar jeans aku….weii….seluar aku” sudah serupa nak beranak aku ketika itu.
Jin mana entah tiba tiba menyamun seluar aku yang aku sidai kat pintu toilet tadi. Kalau nak buat seluar raya pun, pergi la samun kat reject shop saja, pelbagai pilihan ada di sana.
Kacau jiwa betul macam ni.

Apa yang boleh aku buat, dengan aksi separuh bogel, tak terdaya aku nak mengejarnya. Gila apa nak kejar jin itu dengan keadaan yang seksi ni. Nanti orang kata aku gila pulak. Nasib tak baik boleh masuk berita muka depan Harian Metro.
Mana orang kampung aku nak letak muka mereka. Bayangkan muka muka awek bila tengok aku demikian rupa. Sila bayangkan.

Tapi aku tak cepat panik. Aku tarik nafas panjang panjang sambil berdoa agar mentol timbul di kepala.
Hah…nasib baik, muka aku kembali jadi muka orang. Aku buka plastik cap Kamdar, lalu sarung di kaki sampai ke pinggang. Nasib baik aurat dapat di jaga dengan sempurna. Lega bukan main aku ketika itu. Aku melangkah keluar dari tempat puaka yang macam neraka cepat cepat . Kelihatan senyuman sinis di kiri kanan ketika aku melangkah pergi.
“ pondan mana pulak malam raya ni” antara suara suara yang sempat masuk dalam lubang telinga aku.

Pweetttt……

Aku terus laju laju menuju ke hujung bangku sana. Perasaan malu aku masuk dalam bag plastik tadi rapat rapat. Suasana di Hentian Puduraya sudah tak semeriah tadi. Yang tadi sibuk baca surat khabar, terus lipat surat khabarnya. Yang tadi sibuk berebut duduk,kini sibuk pulak nak bangun berdiri terlompat lompat. Yang tadi sibuk bersembang, terus terdiam tak kata apa apa. Punya la terkejut penghuni penghuni Hentian Puduraya melihat aku berkain batik. Malah kucing terbiar yang tengah sedap makan tulang terus pengsan terlekat tulang. Bayang kan lah kucing pun boleh terkejut tengok aku.



Ahhhhhhhh.

“Perkara sudah terjadi, apa nak dikesali lagi. Aku mesti cari jalan untuk balik kampung, mesti “ kata kata semangat aku sambil tangan kanan tengah memperbetulkan kain batik tadi. Takut terlondeh tiba tiba, boleh terkejut berjuntai juntai.

Tapi bagaimana aku nak balik, segala wang, tiket dan kad pengenalan dalam dompet sudah di kebas oleh jin itu. Menyesal betul tak sumbat duit tadi dalam stoking di kaki. Kalau tidak, boleh aku beli tiket bas baru atau sewa teksi balik ke kampung.
Lama juga aku berfikir, orang ramai semakin kurang kerana masing masing sudah berada dalam bas menuju ke destinasi masing masing. Ada naik ke JB, ada naik ke Ipoh dan ada yang naik heran.
Bermentol mentol juga aku cari idea, tapi semua idea boleh sumbat dalam tong sampah. Fikiran semakin buntu berbatu batu.
Malam hari semakin larut.Aku semakin putus harapan, hati sudah kurang semangat.
Mata pulak semakin kecil. Pandangan aku tiba tiba kelam. Gelap gelita.



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Berdebommmmmm…..

Di ikuti suara driver bas…
“Babi betul………”

“ apa hal tu” sound penumpang dari belakang.

“Bas terlanggar babi…gila babi betul natang ni” marah driver bas kuat kuat.
Aku yang tadi tertidur terus terjaga. Tercengang cengang kemudian tanpa buang masa aku terus tersengih. Terus aku raba punggung cari dompet. Alhamdulillah, selamat.

“ mimpi rupanya” kata aku sambil tadah kedua dua tangan tanpa bersyukur.
Aku lihat orang sebelah aku tengah pening pening lalat. Seorang bangsa Sikh lanjut usia tengah terkapai kapai mencari serban besarnya. Jatuh entah pergi mana akibat driver bas brek mengejut.

Oleh kerana babi pun sudah mati, driver ambil keputusan pandu bas menuju ke Alor Setar tanpa rasa bersalah. Berbatang batang juga rokoknya habis di hisap untuk melupakan kejadian membunuh tanpa niat tadi.
Bas Najib Express semakin ke destinasi. Meredah malam tanpa segan silu. Semua penumpang ambil tempat masing masing, ada yang tidur sikit sikit dan ada yang tidur banyak banyak. Meleleh air liur basi sampai ke kaki pun ada.

Aku terus ambil keputusan untuk berjaga sampai pagi. Takut kalau ber mimpi ngeri kali kedua . Buat nya aku bermimpi sambut raya deepavali pulak tak kan naya.
Aku terus pandang tepi sebelah kanan, sebelah cermin tingkap bas. Bunyi dengusan orang sebelah tidur sama naik dengan bunyi deruan enjin Bas Najib Express.
Lagi satu jam aku nak sampai ke kampung, aku mula terbayang kemeriahan raya di kampung. Aku mula menyanyi lagu sudirman. Bersemangat aku nak pergi sembahyang raya tahun ini. Niat aku nak bayar zakat fitrah kat masjid membuak buak. Mesti pak iman kagum dengan aku time aku nak bayar zakat fitrah nanti.


Bersambung lepas raya.











salam aidilfitri





Monday, 13 August 2012

puasa di stesen bas.































Ada satu ketika, ketika aku tiada apa nak buat, aku selalu lepak di stesen bas. Siapa tak pernah lepak di stesen bas memang pembohong besar. Siapa tak pernah naik bas ? Biasanya kalau kita nak naik bas, mesti kita naik bas di stesen bas. Ada siapa naik bas di stesen keretapi ?...ada…..?















Jadi kali ini aku berpeluang lepak di stesen bas Shah Alam, seksyen 19. Niat nak tunggu kawan dari Ipoh. Kawan aku ini kategori kawan semasa gembira senang di sepak manakala semasa menangis susah di teranjang.




Semasa aku duduk , ada seorang awek duduk di sebelah. Kalau dengar suaranya , cantik macam Siti Nurhaliza. Maka berlaku sembang kosong antara aku dan dia.



“Ini adik duduk sorang, sorang, tunggu siapa”? tanya aku menduga.


“Tunggu boyfriend, katanya on the way, sudah 15 minit dia bertolak..”. pantas dia balas takut kena mengorat.


“Ohhhh..dia dari mana” soalan aku kurang sikit nafsunya.



“ Changlun” jawabnya pendek tapi penuh konfiden.





Terus aku cabut lari pergi stesen minyak cari peta geografi.

Butik tudung Ariani





Pak chik kk : ada jual tudung saji kat sini?


Awek : Tudung saji tak jual di sini. Tudung ini ada jual la.( sambil
tunjuk tudung mewah berharga rm 500)

.



Pak chik kk : kalau macam tu, Tolong bungkus nombor telephone adik satu.

Nyamuk.

Sebanyak 1.2 juta nyamuk diperlukan untuk menghisap darah dalam badan seorang manusia sehingga kering. Jadi, jangan pening kepala lutut kalau hanya sekor nyamuk mencuri hisap darah anda.

super slipper



google play store dijangka akan lancar games pada malam ini...


harap games ini boleh pergi jauh..

Sunday, 12 August 2012



dia punya rasa takut sampai meleleh air keluar kat lubang telinga...rugi benor kalau tak rasa takut begini.

HANDALNYA AKU




Aku dulu  pemain bola yang handalnya bukan calang calang kaki.  Setakat sepak penalti, aku rembat pakai tumit belakang kaki saja sambil makan ais krim perisa milo.  Kalau aku sepak cucuk, bercucuk cucuk bola itu pergi. Kadang kadang ke depan, kadang kadang ke belakang dan kadang kadang masuk gol sendiri. Kalau aku tackle kaki stiker lawan, berkaki kaki naik atas kepala lawan. Punya power aku ketika itu mengalahkan pemain kebangsaan.



Aku dulu main di posisi bek. Posisi yang menjahanamkan kaki orang . Kadang kala kaki lembu juga aku tumpang jahanamkan. Punya lah takut lembu lembu ketika itu bila  tengok aku ….



Kalau korang kenal   Franz Beckenbaue?...yang berdahi luas dan berambut lebat tu…kenal kan…hah kalau kenal, sebijik skill dia macam aku, gaya tendang sebijik, gaya tanduknya sebijik, Cuma dia tak pernah score gol sendiri, aku pernah ,  dua tiga bijik juga. Kadang kala keeper aku lebih seriau tengok aku daripada tengok pemain lawan.Banyak kali juga keeper team aku  tertelan air liurnya  bila melihat aku cuba cuba pegang bola dalam kotak penalti .



Kehebatan dan ketinggian skil  aku  bukan saja dapat di hidu oleh  jurulatih sekolah aku, malah belalang yang leka bermain masak masak bersama aweknya di tepi padang turut menghidu bakat luar biasa  aku. Punya la kuat berbau bakat aku.









Aku dapat offer untuk bermain bola untuk sekolah. Punya bangga aku rasa sampai ke johor. Berminggu minggu aku bersama pemain lain training sepak bola, tendang bola sambil  selang seli lari pusing padang lima enam round. Punya semangat aku berlari, tapi lebih bersemangat bila aku berjalan.Jadi aku lebih banyak berjalan dari berlari. Cuma time jalan  itik saja aku jarang jarang bersemangat waja.



“Messi…messi….mai sini sat ”  nama aku di panggil oleh jurulatih dalam bahasa kedah.  Sengaja aku daftar nama itu dalam borang pemilihan, senang sikit bila pengulas Espn nak sebut nama aku besok besok. Senang banyak bila hasbullah Awang nak ingat nama aku banyak banyak. Senang awek awek cun separuh badan dan cun sepenuh badan memuja muja nama aku.Segala nampak senang dan lancar setakat itu.



“Hah..ambil jersi hijau PAS ni”

                                                                                         

“Bakat berat telor kau ni memang mengagumkan”   sambung kata dari jurulatih aku bangga sekali. Aku pulak dua kali bangga .pertama dia kata telor aku berat, kedua dia kata aku pantas ambil bola.

Aku lihat jersi aku lain sikit dari kawan kawan seteam.Semua dapat jersi kala merah tembikai siap ada biji biji hitamnya sekali. Aku punya nombor jersi pun tiada.

Malam itu aku tak dapat tidur lena.Teruja lain macam.





Besok petang yang terik panasnya.





Cilakak…..

Maki aku di belakang pintu gol.



Sudah tiga tahun aku jadi budak milo.