mohon klik dengan kaki dengan penuh kasihsayang.

Friday, 31 August 2012

tren baru



Aku rasa merdeka betul bila masuk dalam tren komuter yang baru ini. Tren yang bernilai 49 juta ringgit Malaysia. Tren yang boleh muat seramai 1100 orang tak kira saiz kecik atau saiz besar, rendah atau tinggi dan lelaki atau perempuan.

Tren yang lebih laju dari tren sebelum ini. Abang driver mesti rasa bangga bila drive tren ini. Mesti rasa bangga mengalahkan driver kapal terbang Air Asia aku rasa.

Ok.

Dalam sedap sedap aku duduk dengan gaya santai dengan tangan di bahu kerusi, kaki melunjur ke lantai dan kepala tersandar di dinding cermin. Bertambah sedap bila aku tengok tivi lcd bersaiz kecik tengah tayang cerita merdeka.

“Power betul tren ni , siap ada tivi lcd lagi” puji aku sambil ketuk ketuk cermin komuter.

Tiba tiba anak aku, budak darjah 3 kelas intelek bersuara bernada soalan.

“ abah, kelakuan sumbang tu apa benda?...sambil tunjuk jari nya ke arah gambar tertera di bahagian atas dinding badan komuter.

Terus aku tengok satu persatu tanda tanda berbentuk larangan.






Dilarang merokok, dilarang minum, dilarang buang sampah. di larang melekat gula gula getah, di larang kelakuan sumbang, di laranggg.....

Belum sempat aku habis baca semua larangan itu, anak aku bersuara dengan konfiden sekali, sikit pun tak goyang.

"Ohhh….tak boleh buat bising, ya abahhh"


Terus aku buat buat tidur serupa hari sudah malam sambil tarik jalur gemilang buat macam selimut.

memang bab kelakuan sumbang orang buat senyap senyap dan yang tengok pun kadang kadang terdiam juga...keh keh keh, aku gelak di bawah selimut.




Wednesday, 29 August 2012

rubber






Ramli dengan aku bukan apa apa sangat. Cuma kawan sekampung, kawan sekepala dan kawan selutut.


Tiga tahun kami berkongsi kasih, kasih seorang kawan kepada kawan yang lain. Tiga tahun juga kami bermain, bergaduh dan bermain semula. Tiga tahun kami makan nasi , makan maggi mentah mentah tepi jalan dan kadang kala termakan penampar bersama sama. Kami juga pernah berebut rebut makan buah kote mamak bersama sama.

Pada tahun 1990, di kala rakyat Malaysia kehilangan Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman. Aku kehilangan rakan sejati bernama Ramli.

Pertukaran LLN kepada nama baru TNB, menyebabkan ayah Ramli terpaksa berpindah ke Kolompo. Ramli sangat sedih, bukan sedih kerana terpaksa tinggal kan kawan kawan, tetapi teramat sedih kerana terpaksa meninggalkan loghat kedah nya yang pekat melekat.

Cakap Kolumpo bagi Ramli tak cukup rasa, tak sedap dan tak cukup ajinomotonya. Paling tak sedap bila nak marah orang. Tak kasar secukup rasa. Kurang gula dan milonya.

Ramli cuba bayang kan suasana di sekolah baru dan kawan kawan baru yang bergaya urban.Di sekolah baru itu, Ramli ditempatkan di baris belakang sekali di hujung tingkap. Belakangnya ada almari yang kalau tengok sudah macam tak almari. Sebelah tempat duduknya pulak di hiasi seorang pelajar perempuan, bermuka cun dan bertubuh tinggi dan berkulit putih. Sempat juga ramli jeling sekali sekala.

Tiba di sekolah baru, ramli di tempat kan di kelas 4 facebook, kelas paling cerdik di sekolah itu, kelas harapan PIBG sekolah itu. Kelas yang paling senyap bila cikgu sibuk bermesyuarat setiap kali selepas rehat.

Hari pertama Ramli duduk diam diam berisi. Nak cakap Kolumpo tak pandai lagi, nak cakap Loghat kedah jadi malu tak tentu hala pulak. Jadi, ramli banyak angguk dari bercakap.

Hari kedua pulak , ujian bertulis Bahasa Malaysia tiba tiba di adakan. Ramli dah mula kelam kabut. Maki dalam bahasa kedah dah mula bersiaran dalam kepalanya.
Kebetulan, sepatah benda pun Ramli tak bawa. Dalam beg cuma ada sekeping kertas saja..itu pun hajat nak guna untuk tulisan surat pada kawan kampungnya, si Mizi.

Hari ini ramli terpaksa bercakap dengan kawan perempuan di sebelah.
Mula mula minta pensil barang sebatang, kawan perempuan nya tersenyum sambil menghulur pensil sebatang.

Kemudian ramli minta pembaris pulak, nak buat garisan katanya. Kawan perempuan nya tersengih sambil bagi signal boleh ambil. Ramli dah rasa yakin dengan gaya bahasanya, kawan sebelah boleh faham loghatnya.



Lepas habis ujian ini, Ramli pasang niat, niat nak sembang habis habisan dengan kawan perempuan sebelahnya.

Hajat Ramli nak ajak pergi tengok wayang. Dengar cerita ada satu movie sedap tengok tengah tayang kat panggung. Kalau tak salah tajuknya “ I cubit U, U cubit I.
Movie macam ni Ramli rasa sangat sesuai untuk pergi tengok. Tapi Ramli ada sikit masalah, Ramli takut kegelapan.

Di beritakan dalam panggung wayang sangat gelap. Ramli kalau bab bab gelap Ramli boleh naik takut. Tambah tambah lagi kalau dalam panggung wayang itu ada banyak tangga, semakin naik takut lah perasaan Ramli.
Jadi, Ramli cadang nak bawa lampu suruh. Ramli nak suluh atas bawah, takut kalau kalau ada ular melingkar di kakinya.

5 minit kemudian, tiba tiba kelas kucar kacir, kecoh .Jeritan dari baris belakang mengemparkan penghuni kelas tersebut. Cikgu Azman tadi asyik mengelamun terus terlompat atas kerusi. Ketua kelas yang tadi asyik meniru jiran sebelah terus terkejut sampai tertelan buah dadu miliknya.Pendek kata, masing masing sempat buat gaya terkejut dalam kelas 4 facebook tu.

Ramli terkejut dengan respon kawan perempuan disebelahnya. Ramli tak buat apa apa pun. Ramli hanya minta pinjam barang kepunyaan dia saja.

“ ramli nak raba, boleh” sambil menunjuk sekeping getah berbentuk empat segi bersaiz duit 20 sen.

Tuesday, 28 August 2012

Raya

RAYA

Sambil pekena ketupat semalam, aku baring sambil tengok tivi. Ketupat pulut ni kalau makan cicah rending daging, dia punya pergi boleh habis 10 ketul ketupat sekali makan. Biasanya aku makan ketupat ini bertemankan air sirap merah lampu trafik light. Sambil suap sambil tengok tivi, cerita sedih.

“Mengapa awak sanggup lukai hati ini” teriak Lisa Surihani Suara kuat kuat.

Tergaman aku seketika, sikit lagi nak terlekat ketupat.Nasib baik aku mempunyai pengalaman makan ketupat bertahun tahun. Pernah champion bab makan ketupat masa tadika dulu.

“ Awak tak sayang saya lagi ke”sambung Lisa Surihani sambil merajuk.

Tiba tiba aku jadi sedih pulak, ketupat yang ada di tangan, tunggu masa nak sumbat ke dalam mulut, aku swing ke tepi dan letak semula di atas pinggan. Tiba tiba selera hilang entah kemana.

“Ehhh…siapa ni, salah orang kot” balas aku dalam penuh keliru. Biasanya yang Ramli Sarip yang biasa keliru pagi petang ni. aku cuba control keadaan.

Aku terpaksa ubah polisi baring kepada polisi duduk melihat situasi yang semakin tak terkawal ni. Suasana semakin genting, sunyi semakin sepi.aku tabah menanti apa ayat Lisa Suriani seterusnya.

“ Sampai hati awak, apa istimewa perempuan itu” soal Lisa Surihani. Tangisan nya semakin kuat. berkaca juga mata aku bila melihatnya.

“wowowowo, steady, steady, jangan macam ni” pujuk aku semakin celaru.


Kelepuk....bunyi remote control hinggap di muka.

“Mail kembung, yang ko duduk macam nak berak ni apa kena” sound mak aku sambil off tivi pakai kaki.

"ni lah budak zaman sekarang, suka sangat raya di depan tivi,” tambah nya lagi.

Celaka….aku tengah tengok tivi tadi rupanya.
Ingat real.

Terus aku masuk bilik, sembahyang minta doa apa yang patut.

pandainya.







Tadi anak aku suruh aku lukis fox dalam buku latihan englishnya. Dengan skil dan pengalaman yang aku ada, aku melukisnya tekun sekali, sampai terheyot habis mulut dan mata. Punya tinggi skil aku ketika itu, kalau imuda tengok, mesti dia tak percaya punya.

aku tengok anak aku terpegun habis. lalu dia bersuara tanda terkejut.

" abah, cikgu suruh lukis fox, bukan beruang"

terus aku on tivi buka channel binatang.

Friday, 24 August 2012

emas tulen dari lombong.





ketulan emas tulen daripada lombong. Ketulan ini terbentuk setelah dibakar dengan api. Asalnya berbentuk serbuk serbuk kecil. Anggaran harga berpuluh pluh ribu.



Wednesday, 22 August 2012

ikan

Bila aku balik dari kampung, aku lega ikan ikan aku belum jadi arwah. Kelegaan aku tak berpanjangan, bila aku dapati ikan bandaraya hilang begitu saja, bayang pun tak nampak. Mengikut undang undang tubuh ikan , jika kehilangan atau kematian melebihi 24 jam, baru lah pemiliknya boleh memandu kereta menghala ke kedai jual ikan dan ketam.

Ikan bandaraya ini aku sangat suka kerana ikan ini lah yang menutup kemalasan aku untuk menukar air seminggu sekali. Tapi kadang kala aku tengok ikan bandaraya lebih malas dari aku, banyak merempit dari membuat kerja.

hampir satu jam aku duduk depan akuarium ni, sekejap duduk bersila, sekejap duduk cangkung dan sekejap duduk bersimpul. Ada juga niat nak hulur kepala masuk dalam akuarium, nasib baik tak muat akuarium itu.

Yang seramnya, dari mana datang seekor udang dalam akuarium ni. Siapa berani nak jawab ni.

Siapa berani cakap yang ikan bandaraya aku telah bertukar menjadi seekor udang.

Mungkin kena sumpah atau sudah bosan jadi ikan.

Sunday, 19 August 2012

banglo



‘Doctor, isteri saya macam mana ?’ doctor....soalan dato KK separuh lemah bunyinya lantas dipintas dengan isyarat tangan kanan Dr Norman Hakim.

‘Tengok keadaan datin ni, memang patutnya dah lama mati.tapi tak pe, saya akan cuba sedaya mungkin,’ jawab Dr Norman.
‘Ke dato nak datin mati, ye dak..mana tahu Dato dah ada pengganti’..sambung Dr Norman dalam hati.

Sejak Dr Norman menapak keluar daripada bilik pembedahan dengan bersarung tangan yang berlumuran darah.Dia merasa tertekan melihat keadaan pesakit yang sedang dibedahnya dan sepanjang pengalaman menjadi doctor, belum pernah lagi dia mendapat kes sebegini.

‘Dato, kalau datin mati juga, apa yang boleh saya buat,’ tambah Dr Norman lagi.

Dato KK bertambah resah bila mendengar jawapan daripada Dr Norman. Jiwa Dato KK bercelaru bila memikir kembali peristiwa peristiwa hitam yang melanda keluarganya. Lepas satu persatu ahli keluarganya mati di bunuh. 3 anak dara dan 2 nak terunanya, semuanya menemui ajal dalam keadaan pelik dan ngeri. Bingung, pilu, sedih semuanya ada dalam kepala otak Dato KK.sekarang Cuma tinggal isterinya di dalam bilik pembedahan. Itupun tengah tenat dan separuh nyawa. Nasib baik dia sempat bawa isterinya ke hospital, kalau tidak entah lah...

Datin Suraya di temui terbaring di dapur dalam keadaan separuh badannya di tepi meja makan dan separuh badan lagi di tepi tangga , dekat dengan ruang tamu.Lebih kurang 5 meter jaraknya .Keadaan mayatnya sangat ngeri dan keadaan perut terburai. Namun begitu, ajal belum sampai lagi, Datin Suraya masih mampu bernafas lagi..

Tuhan maha kuasa, entah kenapa tiba tiba Dato KK membatalkan niat hendak bermain golf dengan sahabat lamanya, Dato Zabil Albar. Terus dia mengarahkan driver berpatah balik ke rumahnya, dia baru saja meninggalkan rumahnya 10 minit yang lalu.

Dato KK mundar mandir di hadapan bilik bedah, resah gelisah, terpisah, Semua bercelaru dalam pemikirannya.sekarang. Semuanya bergantung pada kecekapan dan kecekalan Dr Norman melakukan pembedahan. Dr Norman adalah juniornya semasa di sekolah tinggi .Harapan dia terhadap Dr Norman sangat tinggi..

‘Selamat malam,Dato. Saya Inspektor Rohizad Halim daripada unit siasatan jenayah edisi misteri. Dan saya berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Ya,negeri yg dah tak pandai main bola tu. Yang pengurusnya tak pandai menguruskan team bola tu’... panjang lebar dia memperkenalkan diri.

‘Saya minta kerjasama Dato untuk menyelesaikan kes secepat mungkin..Harap Dato boleh beri sedikit sebanyak keterangan kepada saya.’
Tegas polis lelaki sambil memegang pen dan sehelai kertas. Secebis tisu juga terselik di celah poket jaketnya, sebagai persediaan kalau kalau keterangan Dato boleh menumpahkan air matanya ke lantai.

Inspektor Rohizad ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan beramai ramai ahli keluarga Dato KK. Kes ini antara kes terhangat dan tergempar yang berlaku di tanah air kita. Setiap hari semua surat khabar membuat liputan berkenaan kes ini.Buletin Utama juga telah menyediakan segmen khas untuk perkembangan terkini siasatan kes ini. Lima enam kali juga Inspektor Rohizad keluar Tv. Kesemua mayat anak anak Dato KK yang di temui, semuanya dalam keadaan yang sukar untuk kenal pasti .Sampai sekarang telinga kiri anak daranya yang nombor dua masih belum di temui. Begitu juga kaki kanan anak daranya yang bongsu, hilang entah ke mana.

Apa yang menghairan pihak Polis dan media, pembunuh itu bukan sahaja membunuh dengan kejam, tetapi juga mengambil sesuatu sebagai cenderahat. Kesemua mayat anak Dato KK tidak menpunyai mata sebelah kiri. Mata sebelah kiri telah di cungkil dan tidak di jumpai di tempat kejadian.

‘Baik lah tuan Inspektor, saya akan cerita apa yang berlaku’, kata Dato KK sambil merenung peristiwa silam.

Dua minggu lepas, sempana cuti Tahun baru Cina, Dato KK sekeluarga pergi bercuti di banglo miliknya di Cameron Highland.Ini adalah kali ketiga Dato KK pergi bercuti bersama keluarganya di sana. Dato KK selalu pergi ke sana seorang diri, drivernya pun tidak dibenar mengikutnya.Selalunya Dato KK akan menginap di banglo itu 3 hari 2malam. Sejak kebelakangan ini, Datin Suraya telah mula merasa curiga terhadap Dato KK. Datin mula memasang spy, menurut spynya, Dato KK ada berjumpa sesorang di banglo tersebut .Khabarnya seorang perempuan muda.

Di banglo itu bermula segala segalanya.

Dato KK membawa keluarganya makan malam di sebuah restoran berhampiran banglonya.
Di restoran itu, beliau tersempak dengan bekas tukang kebunnya yang telah beliau pecat semasa beliau datang ke banglonya pada November lepas. Tukang kebun beliau telah berkhidmat di banglo tersebut selama 5 tahun lamanya. Sikit sebanyak rahsia Dato KK berada di tangan tukang kebun itu.

Bekas tukang kebun itu duduk di meja sebelah hujung meja Dato KK dan keluarganya. Dia hanya memerhati dengan pandangan mata yang tajam. Terdapat biasan cahaya mata dengan penuh dendam. Hanya Dato KK sahaja perasaan kehadiran bekas tukang kebun di restoran tersebut
.Ahli keluarga tidak tahu menahu kehadiran lelaki di situ, di tambah lagi kegelapan di meja hujung itu dan kegelapan muka lelaki dalam kegelapan malam menyebabkan warna gelap bertambah pekat.

Tepat 10 malam, keluarga Dato KK gempar,anak dara hilang entah kemana. Baru sebentar tadi, ahli keluarga termasuk suzana berkumpul beramai ramai di ruang tamu menonton cerita cerekarama seram. Jendela bilik tidur anaknya terbuka luas.Dato KK memandang ke luar jendela, yang kelihatan bayang bayang pokok yang di terangi bulan di langit .Dato KK mula berfikir buruk, segala macam benda datang dalam fikirannya.

Dia mengarahkan semua ahli keluarganya mencari suzana.Yang lelaki di arah mencari sekitar luar banglo tersebut. Yang perempuan di suruh mencari di dalam rumah. Dato KK masih buntu memikir kemana hilang anaknya , suzana.

Lima minit kemudian, satu jeritan kuat bergema dari tingkat atas. Dato KK bingkas bangun dari kerusi terus menerpa ke arah bunyi itu..kelihatan sepasang tubuh anak daranya terjantung di bilik air tingkat atas dalam keadaan sangat ngeri. Kaki kanan hilang entah kemana, mata hilang sebelah, tangan kanan tercabut dan tercampak ke lantai. Sekelip mata lantai bilik air berlemuran darah..

Terduduk terus Dato KK melihat keadaan mayat anaknya. Dia bertambah buntu, otaknya macam dah gila dibuatnya. Mahu dia menjerit sekuat kuat hati melihat keadaan mayat anaknya..tapi tak terdaya, suara tak sampai.

ini bukan mayat suzana, ini mayat anak bongsu aku, salina. Bisik hatinya

sambung.

Tuesday, 14 August 2012

balik kampung (episod 2)

























Aku duduk membatu di bangku di hadapan kaunter no 8. Tertera tulisan besar di cermin kaunter itu, tiket habis. Aku tidak tahu nak buat apa apa lagi, hanya mampu melihat orang ramai lalu lalang di depan aku, tengah sibuk mencari bas masing masing agaknya, tak pun sibuk mencari tiket tiket yang tengah berulat.

Buntu fikiran aku . Setengah jam tadi aku sangat hepi. Tiket Bas Najib Express sudah aku simpan kemas kemas dalam dompet bersama bersama beberapa keping duit berwarna merah dan biru. Aku banyak kali sudah terbayang pintu pagar rumah di kampong. Pintu yang sudah senget sebelah kiri dan karat warnanya. Sudah terbayang betapa seronoknya aku duduk dalam Bas Najib Express sambil sembang dengan awek sebelah. Macam macam aku plan nak tanya awek sebelah. Mungkin aku bercadang tidak mahu tidur malam ini sebagai menghormati malam raya.

Ahhhhh……apa sudah jadi sekarang. Kalau aku tahu, aku akan tahan sakit perut ni. Kalau aku tahu, aku tak akan masuk ke dalam toilet Hentian Puduraya ini.

Aku mula ingat kembali kejadian tadi, penuh dengan kekesalan.
Setengah jam tadi, selepas aku buka puasa di sebuah gerai di hentian itu, aku tiba tiba sakit perut.
Aku hanya order sepinggan mee goreng dan segelas air suam. Tiada kuih muih , udang galah atau kambing golek buat penambah sedap. Bagi aku, menu ini sudah cukup untuk mengisi perut yang kosong ini.Tapi mengapa tiba tiba perut aku sakit, mungkin mee goreng semalam tak habis jual. Mungkin aku tak baca bismillah sewaktu nak makan. Mak aku kata, kalau tak baca bismillah, setan boleh tumpang sekali.BIla waktu azan, setan lari masuk toilet, biasanya setan tak basuh tangan bila keluar dari toilet dan terus makan sepinggan dengan aku. Cis, tak boleh pakai teori ini, mana ada setan bulan ramadhan ni.

Aku terus lari masuk toilet, nasib baik ada satu kosong lagi di hujung sekali. Tanpa peduli jiran sebelah yang tengah mengeran , aku terus buka seluar dan sangkut di pintu tandas. Bag plastic cap kamdar aku pegang kemas di tangan. Sayang sungguh aku kat bag plastic itu. Dalam beg itu terdapat sehelai kain batik buat raya untuk emak aku. Tiap tiap tahun aku beli sehelai kain batik dan sehelai kain pelekat untuk ibubapa aku. Untuk tahun ini aku hanya beli kain batik saja kerana tahun lepas aku sudah terlebih beli kain pelikat untuk bapa aku. Soalan keadilan aku titik berat dalam bab ini.


“ Ahhhhhh……………..lega sekali” kata aku sambil senyum kat dinding toilet. Kira senyuman paling manis aku lemparkan pada dinding pada malam itu.

Kemudian aku terbau sesuatu. Bau kari basi. Terasa bau kari basi menusuk hidung aku. Teringat pulak kesedapan kari kepala ikan yang jiran sebelah bagi semalam. Tahap kesedapan kari kepala ikan jiran aku ni boleh sampai level 8 , level yang boleh pukul habis kedai kedai mamak made in India.

Tiba tiba…
“weiiiiii……………” jerit aku tanda panik seluruh badan.
“Bagi balik seluar jeans aku….weii….seluar aku” sudah serupa nak beranak aku ketika itu.
Jin mana entah tiba tiba menyamun seluar aku yang aku sidai kat pintu toilet tadi. Kalau nak buat seluar raya pun, pergi la samun kat reject shop saja, pelbagai pilihan ada di sana.
Kacau jiwa betul macam ni.

Apa yang boleh aku buat, dengan aksi separuh bogel, tak terdaya aku nak mengejarnya. Gila apa nak kejar jin itu dengan keadaan yang seksi ni. Nanti orang kata aku gila pulak. Nasib tak baik boleh masuk berita muka depan Harian Metro.
Mana orang kampung aku nak letak muka mereka. Bayangkan muka muka awek bila tengok aku demikian rupa. Sila bayangkan.

Tapi aku tak cepat panik. Aku tarik nafas panjang panjang sambil berdoa agar mentol timbul di kepala.
Hah…nasib baik, muka aku kembali jadi muka orang. Aku buka plastik cap Kamdar, lalu sarung di kaki sampai ke pinggang. Nasib baik aurat dapat di jaga dengan sempurna. Lega bukan main aku ketika itu. Aku melangkah keluar dari tempat puaka yang macam neraka cepat cepat . Kelihatan senyuman sinis di kiri kanan ketika aku melangkah pergi.
“ pondan mana pulak malam raya ni” antara suara suara yang sempat masuk dalam lubang telinga aku.

Pweetttt……

Aku terus laju laju menuju ke hujung bangku sana. Perasaan malu aku masuk dalam bag plastik tadi rapat rapat. Suasana di Hentian Puduraya sudah tak semeriah tadi. Yang tadi sibuk baca surat khabar, terus lipat surat khabarnya. Yang tadi sibuk berebut duduk,kini sibuk pulak nak bangun berdiri terlompat lompat. Yang tadi sibuk bersembang, terus terdiam tak kata apa apa. Punya la terkejut penghuni penghuni Hentian Puduraya melihat aku berkain batik. Malah kucing terbiar yang tengah sedap makan tulang terus pengsan terlekat tulang. Bayang kan lah kucing pun boleh terkejut tengok aku.



Ahhhhhhhh.

“Perkara sudah terjadi, apa nak dikesali lagi. Aku mesti cari jalan untuk balik kampung, mesti “ kata kata semangat aku sambil tangan kanan tengah memperbetulkan kain batik tadi. Takut terlondeh tiba tiba, boleh terkejut berjuntai juntai.

Tapi bagaimana aku nak balik, segala wang, tiket dan kad pengenalan dalam dompet sudah di kebas oleh jin itu. Menyesal betul tak sumbat duit tadi dalam stoking di kaki. Kalau tidak, boleh aku beli tiket bas baru atau sewa teksi balik ke kampung.
Lama juga aku berfikir, orang ramai semakin kurang kerana masing masing sudah berada dalam bas menuju ke destinasi masing masing. Ada naik ke JB, ada naik ke Ipoh dan ada yang naik heran.
Bermentol mentol juga aku cari idea, tapi semua idea boleh sumbat dalam tong sampah. Fikiran semakin buntu berbatu batu.
Malam hari semakin larut.Aku semakin putus harapan, hati sudah kurang semangat.
Mata pulak semakin kecil. Pandangan aku tiba tiba kelam. Gelap gelita.



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Berdebommmmmm…..

Di ikuti suara driver bas…
“Babi betul………”

“ apa hal tu” sound penumpang dari belakang.

“Bas terlanggar babi…gila babi betul natang ni” marah driver bas kuat kuat.
Aku yang tadi tertidur terus terjaga. Tercengang cengang kemudian tanpa buang masa aku terus tersengih. Terus aku raba punggung cari dompet. Alhamdulillah, selamat.

“ mimpi rupanya” kata aku sambil tadah kedua dua tangan tanpa bersyukur.
Aku lihat orang sebelah aku tengah pening pening lalat. Seorang bangsa Sikh lanjut usia tengah terkapai kapai mencari serban besarnya. Jatuh entah pergi mana akibat driver bas brek mengejut.

Oleh kerana babi pun sudah mati, driver ambil keputusan pandu bas menuju ke Alor Setar tanpa rasa bersalah. Berbatang batang juga rokoknya habis di hisap untuk melupakan kejadian membunuh tanpa niat tadi.
Bas Najib Express semakin ke destinasi. Meredah malam tanpa segan silu. Semua penumpang ambil tempat masing masing, ada yang tidur sikit sikit dan ada yang tidur banyak banyak. Meleleh air liur basi sampai ke kaki pun ada.

Aku terus ambil keputusan untuk berjaga sampai pagi. Takut kalau ber mimpi ngeri kali kedua . Buat nya aku bermimpi sambut raya deepavali pulak tak kan naya.
Aku terus pandang tepi sebelah kanan, sebelah cermin tingkap bas. Bunyi dengusan orang sebelah tidur sama naik dengan bunyi deruan enjin Bas Najib Express.
Lagi satu jam aku nak sampai ke kampung, aku mula terbayang kemeriahan raya di kampung. Aku mula menyanyi lagu sudirman. Bersemangat aku nak pergi sembahyang raya tahun ini. Niat aku nak bayar zakat fitrah kat masjid membuak buak. Mesti pak iman kagum dengan aku time aku nak bayar zakat fitrah nanti.


Bersambung lepas raya.











salam aidilfitri





Monday, 13 August 2012

puasa di stesen bas.































Ada satu ketika, ketika aku tiada apa nak buat, aku selalu lepak di stesen bas. Siapa tak pernah lepak di stesen bas memang pembohong besar. Siapa tak pernah naik bas ? Biasanya kalau kita nak naik bas, mesti kita naik bas di stesen bas. Ada siapa naik bas di stesen keretapi ?...ada…..?















Jadi kali ini aku berpeluang lepak di stesen bas Shah Alam, seksyen 19. Niat nak tunggu kawan dari Ipoh. Kawan aku ini kategori kawan semasa gembira senang di sepak manakala semasa menangis susah di teranjang.




Semasa aku duduk , ada seorang awek duduk di sebelah. Kalau dengar suaranya , cantik macam Siti Nurhaliza. Maka berlaku sembang kosong antara aku dan dia.



“Ini adik duduk sorang, sorang, tunggu siapa”? tanya aku menduga.


“Tunggu boyfriend, katanya on the way, sudah 15 minit dia bertolak..”. pantas dia balas takut kena mengorat.


“Ohhhh..dia dari mana” soalan aku kurang sikit nafsunya.



“ Changlun” jawabnya pendek tapi penuh konfiden.





Terus aku cabut lari pergi stesen minyak cari peta geografi.

Butik tudung Ariani





Pak chik kk : ada jual tudung saji kat sini?


Awek : Tudung saji tak jual di sini. Tudung ini ada jual la.( sambil
tunjuk tudung mewah berharga rm 500)

.



Pak chik kk : kalau macam tu, Tolong bungkus nombor telephone adik satu.

Nyamuk.

Sebanyak 1.2 juta nyamuk diperlukan untuk menghisap darah dalam badan seorang manusia sehingga kering. Jadi, jangan pening kepala lutut kalau hanya sekor nyamuk mencuri hisap darah anda.

super slipper



google play store dijangka akan lancar games pada malam ini...


harap games ini boleh pergi jauh..

Sunday, 12 August 2012



dia punya rasa takut sampai meleleh air keluar kat lubang telinga...rugi benor kalau tak rasa takut begini.

HANDALNYA AKU




Aku dulu  pemain bola yang handalnya bukan calang calang kaki.  Setakat sepak penalti, aku rembat pakai tumit belakang kaki saja sambil makan ais krim perisa milo.  Kalau aku sepak cucuk, bercucuk cucuk bola itu pergi. Kadang kadang ke depan, kadang kadang ke belakang dan kadang kadang masuk gol sendiri. Kalau aku tackle kaki stiker lawan, berkaki kaki naik atas kepala lawan. Punya power aku ketika itu mengalahkan pemain kebangsaan.



Aku dulu main di posisi bek. Posisi yang menjahanamkan kaki orang . Kadang kala kaki lembu juga aku tumpang jahanamkan. Punya lah takut lembu lembu ketika itu bila  tengok aku ….



Kalau korang kenal   Franz Beckenbaue?...yang berdahi luas dan berambut lebat tu…kenal kan…hah kalau kenal, sebijik skill dia macam aku, gaya tendang sebijik, gaya tanduknya sebijik, Cuma dia tak pernah score gol sendiri, aku pernah ,  dua tiga bijik juga. Kadang kala keeper aku lebih seriau tengok aku daripada tengok pemain lawan.Banyak kali juga keeper team aku  tertelan air liurnya  bila melihat aku cuba cuba pegang bola dalam kotak penalti .



Kehebatan dan ketinggian skil  aku  bukan saja dapat di hidu oleh  jurulatih sekolah aku, malah belalang yang leka bermain masak masak bersama aweknya di tepi padang turut menghidu bakat luar biasa  aku. Punya la kuat berbau bakat aku.









Aku dapat offer untuk bermain bola untuk sekolah. Punya bangga aku rasa sampai ke johor. Berminggu minggu aku bersama pemain lain training sepak bola, tendang bola sambil  selang seli lari pusing padang lima enam round. Punya semangat aku berlari, tapi lebih bersemangat bila aku berjalan.Jadi aku lebih banyak berjalan dari berlari. Cuma time jalan  itik saja aku jarang jarang bersemangat waja.



“Messi…messi….mai sini sat ”  nama aku di panggil oleh jurulatih dalam bahasa kedah.  Sengaja aku daftar nama itu dalam borang pemilihan, senang sikit bila pengulas Espn nak sebut nama aku besok besok. Senang banyak bila hasbullah Awang nak ingat nama aku banyak banyak. Senang awek awek cun separuh badan dan cun sepenuh badan memuja muja nama aku.Segala nampak senang dan lancar setakat itu.



“Hah..ambil jersi hijau PAS ni”

                                                                                         

“Bakat berat telor kau ni memang mengagumkan”   sambung kata dari jurulatih aku bangga sekali. Aku pulak dua kali bangga .pertama dia kata telor aku berat, kedua dia kata aku pantas ambil bola.

Aku lihat jersi aku lain sikit dari kawan kawan seteam.Semua dapat jersi kala merah tembikai siap ada biji biji hitamnya sekali. Aku punya nombor jersi pun tiada.

Malam itu aku tak dapat tidur lena.Teruja lain macam.





Besok petang yang terik panasnya.





Cilakak…..

Maki aku di belakang pintu gol.



Sudah tiga tahun aku jadi budak milo.


maggi sedap dimakan (full story)





“Hoii mat, mai sini “  jerit brader  senior serupa puaka.  Aku baru nak melangkah masuk ke bilik air untuk gosok gigi terpaksa  gostan kebelakang  tanpa  pakai  gear undur. “Boleh rosak kotak gear box kalau hari hari gostan macam ni” bisik hati aku. Kain tuala aku hampir terlondeh tanda turut terkejut sama. Nasib baik aku sempat pegang tuala tuala itu pantas pantas. Kalau tidak, habis terkejut semut semut di lantai tengok telor fresh aku.

Nama gelaran mat adalah nama paling femes dalam kitab budak budak hostel satu ketika dulu.Budak budak junior akan diberi nama mat selepas habisnya minggu ragging.Dalam minggu orentasi, aku dan budak budak junior lain dbekalkan name tag besar untuk tulis nama dan di lekat di dada sebelah tepi.Time ni brader brader banyak naik nafsu bila boleh tengok dekat dekat name tag junior junior perempuan. Bayangkan kan lah kalau brader brader buat buat rabun dekat.

“ dik, abang ni rabun dekat, boleh abang tengok dekat dekat, siapa nama”..antara kata kata nista yang selalu keluar dari mulut mulut brader miang tak sudah.Bulat bulat mata brader brader ni bila melihat nama nama di dada perempuan.



“Hang pi cari maggi perisa ayam satu”.  Sound brader senior dari blok sebelah. Aku angguk macam biasa sambil pegang tuala kaler putih jersi England.Sikit lagi nak nampak telor dua bijik.

Pening jugak nak cari maggi perisa ayam pagi pagi.Bukan ada seven eleven pun di hostel ni, speed mart jauh sekali.Aku mula memasang planning. Dengan bantuan setan yang di rejam, aku berjaya mencuri maggi kawan sedorm, sekampung dan sekelas. Aku mula melangkah ke bilik basuh, kali ini bukan nak basuh spender brader senior, tapi  nak masak air buat hidangan maggi kesukaan brader yang aku sayangi.

Sementara tunggu air masak, aku jenguk bilik sebelah. Terdapat sebuah surau  yang full time tempat beribadat dan part timenya tempat tibai belakang pakai sejadah. Berbirai birai juga kesannya kalau kena tibai dengan ajk ajk surau . Kadang kala naik seriau juga bila lalu depan surau tu bila dikenang kenang.

Pukul 6 petang sudah berkira kira masuk ke dalam surau. Time tu jangan nak berangan nak main bola di padang, main telor masing masing di atas katil pun tak sempat. Punya sibuk dengan aktiviti hostel yang di atur oleh brader brader senior yang muka sangat singa.

Jika lambat sikit masuk surau, alamat kena jalan itik keliling surau dua tiga round. Penatnya jalan itik sampai nak bangun untuk berdiri nak sembahyang pun sudah nak pitam. Gaya nampak pitam tu kadang kala nampak macam nak malam dan juga kadang kala nampak macam nak hitam.

Bila masuk surau, ajk ajk surau yang muka nak marah orang suruh kami duduk tahiyat awal awal awal lagi. Boleh naik kebas sampai ke telinga bila duduk tahiyat awal dari pukul 6 petang sampai azan di laung kan. Sambil duduk tahiyat awal sambil berzikir asma ul husna. Pendek kata kalau anak pak iman tengok,terus booking buat laki.Punya la alim budak budak form 4 ketika itu.

Masa itu juga, barang siapa tak boleh hafal apa apa zikir, apa apa doa dan apa apa yasin, badan belah belakang akan jadi korban. Di hayun, di tibai dan di balun beramai ramai oleh brader brader dahaga kasih sayang dengan sejadah sejarah yang yang di ikat menjadi ketulan ketulan sebesar penumbuk.

Ahh…tak payah di kenang, nanti merana badan. Fikiran aku kembali ke tempat asal, bilik basuh di tepi surau.

Tanpa buang masa , aku mula menjalankan tugas part time, masak maggi sesedap rasa tekak brader senior.

Resepi nak buat maggi untuk hidangan brader  puaka bukan susah sangat.

Taruh air panas panas, tambah perisa dan tak lupa air liur basi semalam.



Pruitt tuih, Pruitt tuihhhh……….bunyi dua kali  aku tambah air liur basi  dalam bekas maggi.

Ha ha ha…aku gelak sakan mengalah setan.

Kemudian kacau cepat cepat supaya aroma kesedapan sebati dengan kuahnya. Baunya naik ke siling, memenuhi segara sudut bilik basuh itu. Barang siapa masuk ke bilik itu ketika itu, nescaya teruja hidungnya dapat menghidu bau sedap macam di syurga. Mesti masing masing merebut hendak merasa kelazatan, kenikmatan dan keenakan maggi ini.

Niat aku nak rasa sikit aku simpan tepi tepi. Gila apa nak rasa air liur basi diri sendiri.





Selang seminit, hidangan maggi siap untuk di hantar ke dorm brader senior. Berdebar debar juga rasanya, takut hidangan ini tak sesedap sebelum ini. Aku melangkah dengan tertib sekali masuk ke dorm brader senior.Macam tempat puaka tempat ini aku rasa. Kelihatan puaka puaka sana sini bersandai di pagi hari cuti ini.

Di sudut kanan hujung katil dua tingkat, ada seorang junior tengah tekun mengemas kelambu lalu di gulung rapi rapi. Di sebelah kiri depan mata aku, kelihatan seorang junior tengah stim mengurut belakang brader  senior berseluar GQ. Kelihatan juga dua junior bermuka ayu tengah sibuk menyapu sampah sarap di lantai .

Sempat juga aku berdoa pendek buat penguat semangat. Ketika itu aku amal kan ilmu tunduk ke lantai kerana aku rasa muka lantai lagi bersih dari muka brader senior ini.



“Asalamulaikum….boleh saya masuk”….bunyi ayat paling sopan dari aku tahun ini.



“Hah…masuk”.Jerkah  brader senior sebelah kanan tepi tingkap yang baru nak sapu kurap di belakang badannya. Berpeta peta Sabah Sarawak  juga badannya bila di suluhi lampu kalimatang jenama Philips.

Aku terus menapak pergi ke sudut hujung sebelah kanan sana.Betul betul aku berdiri tepi tingkap yang cerminnya tak pernah ada.

“brader senior  Astronomo Samura Kakashi, ini dia hidangan maggi yang terlazat sampai boleh   jilat kaki katil sedapnya” ..susun atur  kata sopan santun aku slow slow .



Oh ya, brader  Astronomo Samura Kakashi adalah brader paling brutal lagi ganas dalam sekolah ini. Pernah menang medal kategori muka macam dinding sekolah satu ketika dulu. Hemsem bukan main brader ni sampai ramai budak junior perempuan tergedik gedik nak jadi adik angkatnya.

“Mai sini, aku nak rasa”…sound brader itu.

“Perghhhhhh…sedap tak terkata…hahaha”…sambung kata berselang seli dengan gelak kuasa kuda belang berbelang belang.

Sebaik saja menerima isyarat kakinya suruh balik, aku terus keluar dari dorm puaka itu cepat cepat.

Sebaik saja sampai  di pintu keluar, sempat juga aku menoleh ke belakang.

Aku lihat brader itu berselera sekali menyuap maggi ke dalam mulut dengan penuh kesyukuran dan keimanan sebagai seorang brader tingkatan lima yang puakanya mengalah raja di nusantara.

Lagi sekali aku gelak sakan. Kali ini aku gelak secara bersopan. Aku gelak dalam dalam, jauh jauh dalam hati. Sampai ke lubang perut sana gemanya aku rasa.



Aku syak brader itu akan ingat kesedapan maggi itu sampai mati.



Kemudian aku terus ke bilik air  untuk gosok gigi buang sisa sisa mana yang ada.



.










cerita olimpik


Husin Boi, bukan calang calang kaki. Kaki lari, kaki pecut dan kaki olimpik. Sejak kecik, Husin Boi suka berlari, nak ke bilik air berlari, nak ke bilik tidur pun berlari malah nak ke bilik makan berlari juga. Pendek cerita Husin boi lebih banyak berlari dari berjalan dalam hidupnya.

Zaman tadikanya, dia sudah pandai tunjuk bakat olimpiknya. Pagi pagi emaknya hantar ke tadika naik basikal. Jaraknya rumah dengan tadika boleh tahan jauhnya kira kira  empat kali pusingan stadium. Sebaik sahaja emaknya hantar ke tadika, terus emaknya balik ke rumah, sikit pun emak tak pandang lambaian gossip yang akan diketengahkan tajuk baru pada setiap pagi. Tapi alangkah terkejut emaknya bila melihat Husin Boi tengah selesa makan nasik sambil tengok cerita Gaban tengah lawan lari dengan Utraman. Begitu lah setiap pagi rutin Emak Husin Boi, buka pintu rumah, terkejut dan pulas telinga Husin Bin Boi. Punya la power larian Husin Boi lari balik rumah, lebih laju daripada kayuhan basikal emaknya.



Zaman sekolah menengah pulak, dalam sehari, dua kali Husin Boi lari mengeliling sekolah menengahnya. Pertama time subjek bahasa melayu dan yang kedua time bahasa Englishnya. Letih juga cikgu Aidil Zakuan hendak mengejarnya. Kadang kala cikgu Besar dan tukang kebun pun turut serta juga sukan olimpik ini. Macam biasa  biasa , tiada kejutan langsung, Husin Boi pasti menang emas, pingat perak kadang kala di menangi oleh tukang kebun dan kadang kala dimenangi oleh cikgu Aidil Zakuan. Oleh kerana bakat olimpiknya, cikgu sukan telah menganugerahkannya ketua rumah sukan sekolahnya tiga tahun berturut turut. Bangga tak terkira Husin Boi ketika itu.



Zaman kerjayanya pulak, Husin Boi sudah berapa kali memecahkan rekod peribadinya. Kali terakhir pada pagi semalam. Bukan setakat pecah rekod peribadinya, malah pasu pasu bunga pun turut pecah sama. Perangai loklaq semakin menjadi jadi. Habis di sepak pasu pasu bunga itu. Oleh kerana  orang melayu tak suka tengok perangainya yang baran tak sudah walaupun bakat olimpik  tengah power , Husin Boi gagal dalam pemilihan skuad Olimpik Malaysia. Tambahan pulak Skuad Olimpik  Malaysia lebih focus dan terlebih harapan pada Lee Chong Win.

Jadi, Husin Boi telah membuat keputusan untuk terima pinangan Jamaica untuk berlari di sana dan dengar khabarnya Husin bin Boi telah menukarkan nama Jamaica pada ic nya.


balik kampung


Aku duduk membatu di bangku di hadapan kaunter no 8. Tertera tulisan  besar di cermin kaunter itu, tiket habis. Aku tidak tahu nak buat apa apa lagi, hanya mampu melihat orang ramai lalu lalang di depan aku,  tengah sibuk mencari bas masing masing agaknya, tak pun sibuk mencari tiket tiket yang tengah berulat. Jam di dinding sudah menunjukan lagi seminit pukul 9 malam.


Buntu fikiran aku . Setengah jam tadi aku sangat hepi. Tiket Bas Najib Express  sudah aku simpan kemas kemas dalam dompet bersama bersama beberapa keping duit berwarna merah dan biru. Aku banyak kali sudah terbayang pintu pagar rumah di kampong.  Pintu yang sudah senget sebelah kiri dan karat warnanya. Sudah terbayang betapa seronoknya aku duduk dalam Bas Najib Express  sambil sembang dengan awek sebelah. Macam macam aku plan nak tanya awek sebelah. Mungkin aku bercadang tidak mahu tidur malam ini sebagai menghormati malam raya.





 Ahhhhh……apa sudah jadi . Kalau aku tahu, aku akan tahan sakit perut ni. Kalau aku tahu, aku tak akan masuk ke dalam toilet Hentian Puduraya ini.




Aku mula ingat kembali kejadian tadi, penuh dengan kekesalan.



Setengah jam tadi, selepas aku buka puasa di sebuah gerai di hentian itu, aku tiba tiba sakit perut.





Aku hanya order sepinggan mee goreng dan segelas air suam. Tiada kuih muih , udang galah atau kambing golek buat penambah sedap. Bagi aku, menu ini sudah cukup untuk mengisi perut yang kosong ini.Tapi mengapa tiba tiba perut aku sakit, mungkin mee goreng semalam tak habis jual. Mungkin  aku tak baca bismillah sewaktu nak makan. Mak aku kata, kalau tak baca bismillah, setan boleh tumpang sekali.BIla waktu azan, setan lari masuk toilet, biasanya setan tak basuh tangan bila keluar dari toilet dan terus makan sepinggan dengan aku.  Cis, tak boleh pakai teori ini, mana ada setan bulan ramadhan ni.













Aku terus lari masuk toilet, nasib baik  ada satu  kosong lagi di hujung sekali. Tanpa peduli jiran sebelah yang tengah mengeran , aku terus buka seluar dan sangkut di pintu tandas.





“ Ahhhhhh……………..lega sekali”  kata aku sambil senyum kat dinding toilet.













Kemudian aku terbau sesuatu. Bau kari basi. Terasa bau kari basi menusuk hidung aku. Terbantut  untuk melakukan aktiviti harian iaitu melukis corak.



“Ceh…busuk betul baunya. Mesti jiran sebelah tengah pijit hidungnya. Tak pun sudah pengsan dua minit tadi” bisik aku slow slow dalam hati.



Tiba tiba….

“Wei……” teriak aku.



Sambung….














Friday, 10 August 2012

AH MIZI





AH MIZI LELAKI ELEKTRIK.
ketika saya melangkah masuk ke dalam sebuah kedai barangan elektrik di jalan bukit kemuning shah alam baru-baru ini belum sempat untuk saya menjenguk di sekitar kedai tersebut saya telah disapa oleh seseorang dengan ramah dan mulusnya.langkah kaki ke situ sebenarnya untuk mencari sebuah mesin pencetak dan pengimbas bagi tujuan kerja penulisan saya.gelagat seorang lelaki berbangsa melayu yang iras-iras wajah penyanyi Rick James itu membuatkan saya ingin mengetahui dengan lebih menarik berkenaan kedai tersebut.

beginilah gelagatnya pada mula-mula saya melangkah masuk ke dalam kedai elektrik senheng.
"tuan,sila jenguk-jenguk dan lihat barangan elektrik di kedai senheng ini,apa saja yang tuan inginkan atau hajat untuk memilikinya kami sedia memberi dengan harga yang paling rendah di sini melalui kad keahlian senheng plus one,hanya RM12 tuan akan membeli barangan-barangan elektrik dengan potongan yang menarik mengikut model"
senyuman lelaki melayu yang giat bercakap ini telah membuatkan saya terus menghampiri dan bertanya adakah kedai ini milik tokeh cina dan lantas,
"nama saya ah mizi dan saya rakan perniangaan kepada senheng ,kalau tuan nak saya orang melayu pun boleh kalau tuan nak saya orang cina pun boleh,kita 1Malaysia kan"

sudah banyak kali saya melawat kedai elektrik senheng di sekitar selangor ini kerana saya gemar membanding harga keperluan elektrik di antara kedai-kedai seng heng di sekitar selangor namun di seng heng bukit kemuning ini selain susun aturnya yang menceriakan mata saya terpegun dengan jurujual yang bernama ah mizi ini.apa yang menarik berkenaan ah mizi?
"selepas saya menamatkan pengajian pengurusan perniagaan di UKM 10 tahun yang lalu saya hanya kerja sebagai jurujual saja tuan,saya jual barangan elektrik dengan syarikat senheng.sana sini saya cari kerja dengan gomen dengan bank namun gagal wahal saya merupakan pelajar anugerah dekan"
kehadiran saya pada awal pagi itu juga memberi kegembiraan kepada ah mizi yang mana nama sebenarnya mohd tarmizi berusia 37 tahun berasal dari kuala nerang,kedah.menurut ah mizi saya akan memberi rezeki yang baik padanya untuk hari jumaat itu disebabkan saya merupakan pelanggan pertamanya yang datang untuk membeli barangan.
"pelanggan adalah dewa kepada para peniaga macam kami ini tuan,disebabkan tuan mula-mula yang sampai di kedai saya dengan ini saya hadiahkan sekaki payung dan sebiji bola untuk tuan sebagai tanda penghargaan kami"

"selama beberapa tahun saya bekerja sebagai jurujual barangan elektrik dengan syarikat senheng,boss saya iaitu senheng telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga dan membina keuntungan yang tersendiri di kemaman"
"segala keperluan barangan telah disediakan dan tugas saya hanya untuk mengurus jualan di situ,berkat kegigihan saya dan para pekerja yang lain jualan cawangan kami di sana melonjak naik dengan bagus"
menurut ah mizi,kini hanya dia di kalangan orang melayu yang diberi kepercayaan oleh senheng sebagai rakan pernigaan di bawah senheng.saya pada mulanya mengingatkan ah mizi hanya lah seorang pengurus cawangan tetapi rupa-rupanya kedai yang saya masuki itu merupakan kedai milik ah mizi di bawah kawal selia senheng.setor yang dibuka sebanyak tiga blok ini berlokasi di antara jalan bukit kemuning dan susur masuk KESAS dan LAKSA di shah alam juga berhampiran dengan seri muda,shah alam.
"kepercayaan yang diberikan bukan mudah,saya perlu tahu selok belok berkenaan dengan barangan elektrik daripada sekecil-kecil mesin pencukur janggut dan misai sehinggalah ke barangan elektrik seperti peti sejuk"

"di senheng kami ini masih ada lagi potongan sebanyak RM200 untuk beberapa jenama peti sejuk terpilih suruhanjaya tenaga,harganya sangat ekonomi setelah tuan membeli jenama ini bersama dengan kad one plus di seng heng bukit kemuning tuan akan mendapat harga yang paling rendah berbanding dengan mana-mana cawangan yang lain"

menurut peminat Rick James ini,harga yang diberikan oleh senheng bukit kemuning memang berbeza dengan cawangan yang lain kerana beliau mempunyai strategi pemasaran yang istimewa untuk kepuasan para pelanggan yang datang dari luar daerah shah alam dan klang.
"para pelanggan senheng bukit kemuning tidak tertakluk di daerah shah alam dan klang,ada yang datang sejauh dari putrajaya dan balakong dan ada juga yang datang dari ampang dan rawang semata-mata untuk menikmati harga yang menarik di cawangan saya ini"
"kami menyediakan penghantaran di seluruh lembah klang malahan pada hakikatnya kami juga menyediakan penghantaran sehingga ke nilai dan seremban"
"kejujuran di dalam perniagaan amat penting,seperti yang saya terangkan kepada tuan tadi jikalau tuan membeli peti sejuk yang saya maksudkan tuan akan mendapat rebat sebnayak RM200 dan ditambah pula dengan potongan harga lagi melalui kad keahlian one plus dan yang lebih menarik kami di sini akan menambah lagi potongan istimewa kepada tuan untuk beberapa peratus lagi mengikut model dan jenama"
apabila ditanya adakah ia semata-mata sebagai gimik dan ada maksud tersembunyi,ahm mizi yang juga merupakan peminat setia no 1 hijau kuning dan peminat setia no 2 red worrior menyatakan,
"perniagaan barangan elektrik kami iaitu di senheng bukit kemuning tidak seperti perniagaan rangkaian telefon mudah alih dan internet yang selalu menyembunyikan maksud tertentu terhadap pelanggan"

tidak hairanlah para pelanggan di kalangan kaum cina suka membeli barangan di kedai senheng bukit kemuning ini walaupun tuan empunyanya sendiri berbangsa melayu namun disebabkan sikap keramahan dan mudah senyum yang sering dilemparkan secara jujur membuatkan pelanggan cina ramai yang datang berkunjung.
"selain para pelanggan melayu dan india yang sering memasuki kedai ini kami juga dikunjungi oleh para pelanggan cina,mereka amat mempercayai dengan mutu perkhidmatan senheng bukit kemuning selepas jualan dan harga yang kami berikan di sini amat berbeza dengan cawangan lain di lembah klang ini"

"trend pada masa sekarang ini penggunaan tivi LED ini amat menggalakan,tivi sebesar 40inci ini begitu laris di pasaran dan kami di sini boleh memberi harga yang rendah berbanding dengan cawangan lain"ah mizi menerangkan berkenaan tivi buatan korea yang begitu laris di kedainya.

menurut lelaki yang gemarkan laksa buyung ini,selain menjual dan mengurus sebuah kedai barangan elektrik dia juga harus mengetahui dan mendalami berkenaan teknologi setiap barangan elektrik yang dijual,oleh itu negara seperti jepun,korea dan china telah dilawatinya secara sendiri untuk mendalami lagi bagaimana setiap penghasilan barangan elektrik yang berkualiti bertahan di hati para pelanggan.
"korea dah dapat mengatasi jepun dan jepun semakin hairan dengan kelajuan teknologi buataan negara korea,jikalau 10 tahun yang lalu banyak barangan dari korea mempunyai masalah dan susah nak jual namun semenjak beberapa tahun ini teknologi korea telah membuat para pelanggan beralih lebih kepada jenama korea namun jepun juga masih bersaing"

tekun mendengar penerangan berkenaan pemasangan baru internet mudah alih yang akan dipasarkan di senheng bersama para pekerja.

"tidak usah risau berkenaan pembayaran di sini sebab kami menyediakan perkhidmatan secara ansuran bulanan melalui kad kredit dan debit serta secara bayaran pembayaran terus ke kedai dengan syarat yang tidak ketat seperti citos.para pelanggan yang membayar secara tunai sememangnya lebih lagi menikmati kadar potongan harga yang berbaloi berbanding dengan cawangan lain"

bersiap sedia,barangan para pelanggan yang akan dihantar ke pandan indah dan wangsa maju,menurut ah mizi perhubungan lebuh raya KESAS yang hanya beberapa ratus meter dari kedainya mudah untuknya menghantar sehingga ke kawasan tersebut dan sengheng bukit kemuning pernah menghantar barangan sejauh nilai dan seremban.

kunjungan penulis ke kedai senheng yang dimiliki oleh mohd tarmizi atau ah mizi yang juga boleh bertutur dialek hokkien dan fasih bertutur loghat kelantan ini berbaloi kerana harga sebuah mesin pencetak dan pengimbas yang dibeli di kedainya begitu berbeza harga berbanding dengan cawangan lain.semoga anak melayu ini terus berjaya dengan cita-citanya untuk membuka kedai elektrik jenama sendiri.
"dalam perniagaan kita tidak boleh berpuas hati"itulah kata-kata motivasi ah mizi sewaktu saya melangkah keluar dari kedainya.

hasil nukilan dari blog kawan.
http://www.ekawan.com/index.php?m=blog2&c=post&id=239709&title=AH MIZI LELAKI ELEKTRIK.&usrname=greatdaddy


Thursday, 9 August 2012

bazar ramadhan


Budaya membeli di bazaar bazaar ramadhan bukan lah satu budaya turun temurun macam budaya berbaju melayu bersampin masuk masjid sembahyang raya dua rakaat. Barang siapa tak berbaju melayu, gerenti di jadikan resepi untuk tambah dosa kaki kaki pengkritik.



“Abang bukan apa, bila abang beli kat bazaar ramadhan ni, abang rasa lain macam sikit. Rasa macam kolompo betul.” Sembang abang misai ceria sekali, mungkin dia ingat boleh masuk tivi.



“ Akak bukan suka sangat datang bazaar ramadhan ni, tapi apa boleh buat, akak masak bukan sedap pun.Kadang kadang akak masak air pun  tak masak masak air tu.” Jujur kata akak bermekap tebal sambil tunjuk muka air tak masak.



“Gua sikit pun tak rasa goyang kalau tengok kuih muih bazaar ramadhan.Gua simpan kemas kemas air liur gua, sikit pun tak tumpah. Tapi gua tak boleh tahan nafsu bila tengok anak dara masuk bazar ini. Meleleh juga air liur gua sikit sikit.” Sound mat rempit sambil kenyit mata bila anak dara melintas di depannya.



Ini  yang sempat  aku petik  dalam sessi  temu dan bual sementara menunggu roti jala siap di bungkus.

Wednesday, 8 August 2012

duit kecik




Suatu petang yang tak petang petang sangat, ada satu customer datang nak buat payment.Sekali tengok gaya macam orang berada. Dua kali tengok macam orang mengada gada. Tiga kali tengok lu orang bayang sendiri gayanya.Izinkan  gua gelak kecil kecil dulu.



" nak bayar payment kad kredit" tegas dan padu suaranya.Bergelombang juga rasanya di telinga aku bila dengar suaranya.

 Belum sempat aku nak buka mulut, dia buka mulut kali kedua. Kali ni lebih besar dan luas mulutnya. Kurang sikit luasnya dari mulut buaya di sungai negeri Sarawak.



" 5400 2400 0900 2020"..bunyi ayat ayat bentuk nombor laju macam peluru

M 16 keluar dari mulutnya



"Amboi bukan main laju mamat ni……….  ingat aku otak Adi Putra kot" kata aku dalam hati. Dalam hati ada perasaan sikit pun tak kagum tengok mamat ni.





"Tolong ulang lagi sekali...kalau otak saya power, saya sudah jadi perdana menteri" kata aku sambil hulur sekeping kertas putih tak putih kepadanya.



Dia terus ambil kertas itu dan tulis apa yang patut . boleh tahan huduhnya tulisannya.Nak kata dua tak dua , tujuh tak tujuh nombornya.



Selepas dapat nombor kad kredit itu, aku tekan keyboard tekun sekali. Habis tekun dari kerani pejabat TEKUN.



" Lima puluh satu ringgit lima puluh sen " sambil senyum kerang aku berkata.



Lalu dia hulur dua keping duit not biru sambil mendada.



"Encik, duit kecil tak ada ke"..tanya aku lembut gemalai berslang key el.



Sambil belek belek dompet, dia berkata

" Ini saja duit yang ada, awak tiada duit kecil ke"

 "Kedai punya la besar, duit kecil pun tak ada" sambung perlinya  dia sambil pandang kiri kanan.



" Duit kecil saya ada" jawab aku sambil membilang berpuluh puluh keping duit satu ringgit.

 " Ini baki duit encik, empat puluh lapan lima puluh sen" aku hulur duit satu ringgit lama berkeping keping.



Serta merta dia lari masuk ke kereta BMW lalu selongkar atas bawah kerusi cari satu ringgit lima puluh sen.






Tuesday, 7 August 2012

ONE KAMARIAH

Sambil berkain pelikat kotak tiga rasa, aku bersantai di lantai rumah.tengok tivi, makan nasi dan minum kopi. Enak bukan.
 tiba tiba anak aku yang berumur tujuh tahun bersuara.Aidiel namanya.

"Nama nenek apa, abah" tanyanya sambil ambil buku latihan karangan englishnya dari sudut meja hujung kanan tivi plasma berkuasa tridi.Pada mulanya dapat jugak penyakit gila tengok tivi pakai spek hitam ada pengaruh tridi tu.Makan minggu juga nak tunggu  hilangkan penyakit misteri itu.

 " wan kamariah " jawab aku dengan mulut penuh sisa sisa kopi. Tengah terpegun tengok greece kena ayam dengan jerman. Ini kalau jerman main pulun kedah pulun, kompom pemain greece dapat bawa balik sorang sebijik bola tango ni.

"ada bunyi bunyi english nama nenek ni, ye bah" sambung aidiel sambil tekun menulis nama neneknya dalam buku itu.

"mana ada, bagi abah tengok buku tu"..aku buat terkejut macam penyokong greece buat terkejut pasukannya kena ayam dengan jerman.

Tertulis macam ini dalam buku latihan tu..

" one kamariah binti one nawang"

sengih sorang sorang.